FIRST TATTOO

Memula aku bayangkan aku akan terjerit KUAT tatkala membuatnya..buat TATO..namun aku nekad membuatnya kerna itu yg aku mahu sejak umur 8 tahun..setelah melihat bapa kenalanku mempunyai TATO di belakang badannya. Aku ada memberitahu umiku ketika itu dan umi hanya kata,"Dah besar nanti boleh!"..Aku tunggu sehingga dewasa..pada ulangtahun ke-28, aku minta di"hadiah"kan TATO dari Tan Sri Harlem, boifren aku di ketika itu namun TS menolak dan suruh aku pilih hadiah lain..
.
Selepas insiden umi aku diam sahaja bila dektu HALAU aku keluar dari rumah umi, aku DISAPPOINTED with my parents. Selagi aku MISKIN, selagi tu takde yang membela aku..
.
Selepas TS menyepikan diri sejak 28 April 2026 dan putuslah hubungan yg dah 34 tahun terjalin..dan aku sikit pon tak menitis airmata kerna aku seakan dah dapat rasa ia akan terjadi..hanya tak tahu BILA! Aku dah mula rasa TS berubah sejak aku minta TS azankan rumah aku semasa buka rumah pada Mei 2025 yg TS sendiri kata suruh aku buat sendiri..Sejak tu aku diam je..sedar diri - Org MISKIN takde yg nak tolong sebenarnya..tolong lalu mengungkit tu ramai..
.
29 April 2026 aku nekad nak jalani hidup sendirian sesuka hati aku..Aku nak kejar semua yg aku impikan dan salah satunya adalah TATO!
.
Pada 15 Ogos 2026 aku buat TATO..akhirnya..itu pon aku minta dari ALLAH camnie:

"YA ALLAH...
YA RABBI...
ENGKAU TAK KASI AKU SOULMATE...SUAMI..DAN SEBUAH PERKAHWINAN!
.
TAKPE
.
ENGKAU TAK KASI AKU ANAK..WALAUPON ANAK LUAR NIKAH PON TARAAAAAK!
.
TAKPE
.
ENGKAU HANYA IZINKAN SEMUA ORANG SEKELILING HINA AKU KAW-KAW PASAL AKU TAK KAHWIN, TAKDE ANAK DAN KAYA-RAYA...
.
OLEH YANG DEMIKIAN YA ALLAH, SILA KASI APA AKU NAK DI DALAM HIDUP..KALI INI TATO!"

.

Pada mulanya bila awak lambat sampai Arab Street, aku sangka ALLAH pasti nak onar..kasi tak jadi..namun bila aku dah nekad, aku peduli apa..Aku tetap minta nak TATO..sesat camner pon aku tetap nekad..akhirnya aku sampai tempat tu..Setengah jam kemudian, siap!

TATO pertama aku..Tukang buat TATO kata benda nie addictive bila dah buat dan tengok jadinya cantik..aku jawab,"Takyah tunggu buat..sy dah ada byk gambar di galeri foto hp sy..kumpul mana yg berkenan..yg mampu sy buat..more to come!"..

.

Bukan takde yg larang..ada aje sahabat yg ala MUIS yg cuba talked me out of this idea..aku hanya jawab,"Tengok aaah camner!"..pasal apa aku lalui tak sama dengan apa dorg lalui..so utk fahami apa aku mahu tak semudah ABC..

.

Olehkerana sahabat pon ada juga dan pernah buat aku terasa kecik hati cikit, aku memutuskan TAKMO DENGAR KATA dorang..Aku dah PENAT jadi people pleaser so, now I just need to please me..

.

Ada yg tanya what if Al Malique Morris putus dgn aku kerna TATO..aku jawab,"Kalo dia tak mampu rasa gembira kerna aku gembira, he can leave.".. Lagipon aku masih dlm situasi healing dari terkuburnya hubungan 34 tahun bersama TS itu..Aku tak jemput sesiapa pun utk hadir di dalam hidupku..so, kalo Al Malique Morris nak pergi..pergilah..aku takkan menahan..Anggap je takde jodoh..Aku dan Al Malique Morris pon belum tidur sekatil dan sebantal! 

.

Aku dah takmo KESAH bab org lain punyer perasaan..Sekarang nie, aku rasa semua org cam khianati aku..kecewakan aku..so, aku hidup sendirian je..takde tempat mengadu.

.

Anyway, 2 minggu aku takleh berGYM..So rasanya aku nak fokus clearing living room utk space buat barang aku yg akan dihantar oleh mover in September..tunggu gaji August masuk je. Sementara itu, aku just angkut mana yg aku terlarat bawa naik MRT/Bas aje..Slowly but Surely!

.

Aku puashati proses berTATO berjaya..Congratz, Murni🥳🥳🥳


Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

BYE, APRIL 2026..HI, MAY 2026

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?