AL MALIK OMAR (TPY)

AL MALIK OMAR...
Iyaaaa..dia WUJUD di atas bumi Temasek ini. Aku kenal dia semasa ikut Uwah (nenek dlm bahasa Bawean/Boyan..my mom's side) masak untuk majlis orang kahwin di Balestier. Kerja aku hanya tolong temankan dan tengok-tengokkan sepupu aku yg masa tu berusia 4-5 tahun. Comel tau sepupu aku. Memang lasak..kekadang makcik aku lelah dibuatnya..but she always komen,"Kalau ada Sharifah, Sani nie boleh diam pulak!"..😂😂😂so, aku babysitter for the day walaupon masa tu aku tak pernah jaga budak..Aura Teacher Murni belum keluar..
.
So, mamang (pakcik dalam bahasa Bawean/Boyan) aku ada Assistant delivery boy..hah! Tu lah yang bernama AL MALIK OMAR..Nak kata hansem? Memang hansem..tapi dia petite..small size..badan dia cam Ayai penyanyi Illusi masa muda.
.
Si Malik nie ke hulur, ke hilir sampai makcik aku tanya,"Kau dah kenapa, Lik?"..
.
Tau dia jawab apa?
.
Malik jawab,"Tuuu..Dia bisu kah? Camner nak bual dengan dia?"..
.
Uwah aku lak tanya,"Siapa, Lik?"..
.
Malik jawab,"Budak perempuan tu..yang pakai skirt hijau..yg sebelah tu adik dia kah?"..
.
Ketawa Uwah dan Makcik aku.."Laaaah..dia tak bisu..hanya tak suka berbual..Pujuk lah..Kata lelaki..Ingatkan siapa!", ujar Makcik aku..
.
Perempuan skirt hijau tu AKU! 🤣🤣🤣 Dan tau camner Malik buat aku bercakap? Dihulur Peppermint gum ke sepupu aku. Aku rampas lalu kata,"Awak giler kah? Ini budak kecil. Kalau tercekik camner?"..
.
Malik ketawa dan kata,"Nek, betul lah tak bisu..Cik, dia dah cakap.."..
.
Aku masa tu heran asal Malik nie beriya berbual dgn aku..Masa tu aku tak cantik..tak make-up pon..rambut panjang cam perempuan kolot tak fashionable..
.
Sejak hari tu, setiap kali Uwah aku masak untuk majlis perkahwinan; si Malik tu mesti membontoti mamang aku. Mamang aku pernah kata,"Malik tu, mak.. sempat tanya 'Sharifah ada ke tak?'..dah parah tu Malik!" pada Uwah aku. Aku hanya 🙄🙄🙄
.
At satu majlis tu, Malik tanya,"Kalau saya nak awak, berapa duit hantaran awak nak?"..masa tu aku umur 15 tahun camtu..
.
Yg jawab adik aku,"$6,000.."..aku yg terkedu masa tu..memandai dektu!
.
Nak tau apa Malik tu buat?
.
Malik jumpa umi to NEGOTIATE! Giler tau tu Malik. "Cik, saya kerja delivery je..adik ramai lagi sekolah..tak mampu $6,000 tu..Kurang sikit lah, Cik..? $2,000, boleh?"..Malik nego weeey..
.
Umi aku kehairanan lalu tanya,"Sharifah ke adiknya kamu mahu?"..

Malik kata,"Sharifah.."..
.
Umi aku ketawa lalu kata,"Malik, Sharifah tu gurau je. Dia lagi jauh perjalanan sekolahnya. Dia nak capai cita-cita dia..Malik sanggup tunggu 10 tahun? Tak sanggup? Cari lain lah, Lik.."..
.
Bila umi aku tanya samada aku suka Malik tu, aku kata tak tahu..pasal masa tu aku hanya teringin studi kat University Cambridge, UK..nak duk London lama-lama..lain benda tak fikir.
.
Then si Malik tu gi tegur Mak Obek aku yg duk sama blok dengan dia. Aku tak tahu apa Mak Obek aku cakap dgn Malik..tau-tau umi beritau Malik sekeluarga dah pindah..tak tau ke mana..Umi dapat tahu dari Mak Obek aku yg luahkan rasa TAK SETUJU aku berkawan dengan Malik..
.
"Aku tak setuju Sharifah kawan rapat dengan Malik tu..", ujar Mak Obek aku masa tu..
.
Umi aku jawab,"Budak-budak berkawan..apa salahnya? Kau nie, yah..takde anak perempuan..jadi mana kau tau isi hati anak perempuan".
.
"Tak peduli. Aku hanya takmo anak sedare aku hidup susah..Malik tu ada adik ramai..banyak mulut nak kasi makan..", Mak Obek aku tambah.
.
"Kalau Sharifah dah suka, aku terima Malik tu jadi menantu..Kasi Sharifah tu tanggungjawab sikit..Bukan bodoh anak sedare kau tu..cerdik..boleh bekerja..suruh kerja tolong Malik tu tanggung adik-beradik..Kau tak sekolah, tu pasal kau cakap camtu..asyik negatif je! Cuba positif..Kalau Sharifah kahwin dengan Malik dan hidup susah, kau tolong aaah kalau kau memang kaya sangat! Iiiiissshhhkk sama ehk piil pilih kaum kau dengan bapak kau!", bidas umi masa tu.

"Bapak kau" itu datuk Arab aku..YES! Datuk Arab memang pilih bulu.."Sharifah MESTI MAU kahwin dengan Syed SAHAJA", dialog pesanan datuk kepada umi where I am concerned! 🤭🤭🤭
.
So sampai sekarang aku TAK TAHU apa yg dah terjadi..apa yang Mak Obek aku (ada ke takde) cakap dengan Malik tu sampai kelam-kabut Malik sekeluarga pindah..
.
But I was sad masa tu..pasal hanya Malik je tak beralih pandang dari aku..suka aku..tak macam lelaki lain yg beralih pandang (CONFIRMED!) selepas nampak adik aku..iyalaaaaah adik aku kan cam Cina..kulit putih..dulu lansing cam bini Popeye (sekarang sama je badan dia dengan aku..GEMOK!)..mana lelaki tak terpesona giler, kan?!
.
So, no closure about Al Malik Omar in my life!
.
Tu pasal kalau si dia revert to Islam, nama dia aku kasi "Al Malik"..nak "Al Malik Umar" pon boleh..Aku paksa dia aaaah..Anyway, si dia looks sesuai dengan nama "Malik"..pasal orgnya memang TEGAS..muka tak ketat sangat lah..renungan dia tajam..mungkin sama dengan Malaikat Malik, penjaga neraka tu..but he is very helplessly romantic bila berdua je dgn aku je..alaaaaah..🤣🤣🤣
.
Last week aku ungkit criter nie depan umi..Umi tanya,"Kakak sekarang boleh terima lelaki cam Malik..?"..
.
Aku jawab,"Jika Malik atau lelaki macam Malik in package, kakak boleh terima jika piil tak berubah..manatau Al Malik Omar dulu dan sekarang lain..tu je..Btw, I still takkan go after duit hantaran..tu bukan priority..$6,000 kakak boleh kumpul sendiri..6 bulan je..So, karakter mesti mau tip-top..same frequency! Not a dictator, me okay!"..

Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?