AKU TAK SUKA RAYA..SKIPPED FOREVER!
Selagi korang TAKDE parents, adik-beradik dan saudara-mara yang LEBIH TOKSIK daripada radiasi akibat bom atomik, korang TAKKAN PERNAH BOLEH FAHAM asal ada orang tu menjauhi aktiviti berkumpul famili, adik-beradik dan saudara-mara.
.
Jangan kata,"Tak gitu pun keluarga kau. Maafkan ajelah mereka".JANGAN! JANGAAAAAAAAN! JANGAN main hembus camtu kat dorang. Kerana bukan korang yang hadap muka-muka yang layak diterajang..bukan korang yang rasa perit dihina, lansung TAK DIANGGAP dan disisihkan. BUKAN KORANG yang TERsangat beruntung yang ada semua orang yang BAIK-BAIK AJE atau PURA-PURA boleh menerima kewujudan korang di dalam hidup yang lalui semua scenario KETIDAKPERIKEMANUSIAAN. JANGAN keluarkan komen korang walaupon sendirian berhad! JANGAN! Lebih AFDHAL korang yang SEMPURNA hidup berkeluarga DIAM agar keadaan baik-baik sahaja!
.
Ini tukilan aku yang hidup serupa dorang..samada diSINGKIRkan atau rasa diri TERSINGKIR..Dari pengalaman aku berdepan dengan manusia beruntung yang hidup berkeluarga TERSANGAT SEMPURNA, kekadang komen yang korang beri yang korang rasa CERDIK sesama manusia seagama adalah NASIHAT kerna Lillahi Taala tu TAK PERLU untuk dorang yang senasib dengan aku. Iya! Nak kata "KERAS hati kau!", silakan..kerna dorang yang seperti aku TERPAKSA KERASKAN HATI untuk memelihara keWARASAN MENTAL untuk sambung hidup dikelilingi oleh manusia toksik. Nak kata "Degil aaah kau!", silakan juga! Kerna jika kedegilan itu dapat menyelamatkan dorang yang seperti aku dari memakai jumpsuit oren dengan kaki dan tangan berantai-bergari, terimakasih kerna memilikki kedegilan itu! Hidup ini KERAS bagi dorang yang seperti aku..
.
Sempena Raya yang ramai GHAIRAH nak jalan Raya kunjung-mengunjung satu rumah ke satu rumah kononnya untuk mengeratkan silaturahim (bukannya plot menayang kereta baru..gelang biskut jagung baru serta rantai kapal baru..beg berjenama termahal..), sila jaga ADAB..komen serta soalan cepumas korang TAK PERLU dibentangkan di setiap rumah korang pergi pada setiap orang korang jumpa..
.
Masuk beri salam, ucap festive greeting - "Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin" je, merasa bukan makan sampai licin kuih raya, minum apa yang tersaji dan jangan request air lain seperti kopi-teh hangat cam rumah orang itu adalah kedai sarbat, cukup time, bangun dan sila keluar dari rumah orang tu dan tak perlu berjam-jam walaupon tu rumah mak korang atau mak laki korang.
.
Jangan serbu rumah orang cam rombongan meminang tau! Ada kenalan kita BUKAN kenalan adik serta ipar kita, tak usah bawak kalo TAK KENAL! Ingat! Ajar anak jangan mengharapkan duit Raya dan sila behave unless anak korang ada penyakit takleh duduk diam!
.
Hidup ini tak semua orang dapat yang indah..tapi hidup tetap harus diteruskan.
.
Syurga dan neraka MILIK ALLAH..Jangan berlagak cam AHLI SYURGA selama ALLAH masih menutup aib kita! Jangan kondem luaran sesiapa yang disalah-tafsirkan sebagai penghuni neraka jika diri kita sendiri BELUM TERJAMIN ada tempat di syurga. Jaga hati tu! Istighfar selalu jika mampu!
.
Aktiviti kunjung-mengunjung pada Hari Raya dan pemberian Duit Raya memang dah aku "Banned" selepas tahun 2001..dan aku senaraikan sebagai hari biasa di dalam senarai hari di dalam hidup aku ini dan aktiviti TAK penting!
.
Aku akan tetap masak lauk Raya pada sehari sebelum 1 Syawal..insya ALLAH selagi umi aku masih hidup dan aku larat membuatnya..Jika umi aku dah takde, takdenya aku nak masak lauk Raya..ini yang aku britau umi semalam..Bila umi tanya,"Abis tu masak apa?"..Aku jawab,"Dah hari biasa, masak apa yang patut..maggi ke..lauk ceylok ke..epok-epok ke..suka hati kakak aaah! No more sambal goreng rendang-merendang bagai.."..
.
Selamat Hari Raya untuk korang yang meraikan..
.
Kalau terasa dengan aku, makna aku kata/tulis betul..
Kalau tak setuju, buang aje ke tepi..aku bukan ulama' yang perlu korang dengar kata..
.
Kalau nak minta maaf, silakan tapi ketahuilah aku tak tunggu Raya untuk memaafkan korang..
.
Kalau nak aku minta maaf, sila korang buat aku JERIT MARAH kat korang kaw-kaw..nanti aku minta maaf dari korang..Jika takmo buat aku marah terjerit meroyan kat korang, aku tak nampak apa isu sampai aku kena minta maaf kat korang.
.
Realiti hidup aku..aku TAK SUKA RAYA..