KAIN KAFAN PREMIUM..❌..PREMIUM-KAN DULU AMAL-IBADAH..✅..

🗣️: Sekarang dah ada kain kafan premium..exclusive..what say you, Murni?
.
AKU: Kalo kau mampu..TERlebih duit sampai dah belanje aku pon kau masih banyak belen duit, kau belilah..tapi, make sure semua hutang kau pada orang dan bank dah bayar habis sebelum kau mati, okay?! Kalo ada berhutang still, tak patut disolatkan tau jenazah kau..payah weeey kat sana nanti..dah cam perompak kau nie..tapi, kat sana hanya yg beriman sesungguhnya yg berpakaian, yg lain semua bogel..rasanya pakaian kau itu kain kafan premium kah..? Waaaah, kau nak show off kat sapa di akhirat? Boleh show off kah?
.
Bagi aku, pendosa berakaun dosa hingga melepasi langit ke-7..takyahlah tu semua..Aku hanya harap:
1) ALLAH izinkan aku berSYAHADAH sebelum sakratulmaut..
.
2) ALLAH ampunkan semua dosa aku yg banyaknya melepasi langit ke-7..
.
3) ALLAH sudi makhbulkan hajat aku nak meninggal dunia dalam tidur pada awal pagi hari Juma'at..
.
4) ALLAH izinkan semua kesayanganku berjiran dgn aku di syurga..
.
Insya ALLAH..Aamiin!
.
Itu sahaja yg aku harapkan bila tiba giliran aku meninggalkan dunia ini..Premium ke tak kain kafan aku, biar mereka yg uruskan jenazah aku tentukan aje..malas nak fikir!
.
Dengan kesukaan aku melancong ke overseas naik pesawat, aku harap meninggalnya aku ada jasad yg utuh..pasal meninggal dunia dalam tidur pada awal pagi Juma'at boleh terjadi di dalam pesawat..Aku mohon sangat jangan sampai jasad aku hanya tinggal ketulan daging bertabur di atas bumi..Itu sahaja harapan yg aku serah sebulat-bulatnya pada ALLAH..kerna ada ustaz kata,"Seseorang akan meninggal dunia di dalam keadaan berbuat apa dia paling suka semasa hidupnya.."..dan aku paling suka melancong naik pesawat weeey..seram, kan? Namun aku pasrah dan redha jika itu yg aku nak elak tetap terjadi sebagai sebahagian takdir riwayat hidup aku..Wallahu'alam!
.
🗣️: Iya tak iya ehk..anything can happens..Kain kafan set aside..Amalan kita harus ada..ibadah kena perbaiki selalu..mana kita sikit-sikit "membawang" lagi..hutang boleh cuba langsai tapi, "membawang" susah nak settle sesama manusia sey..
.
Kau nie liberal-liberal pon reti buat aku seram bab kematian ehk..iiiiishk dahsyat tau kekata kau tu..
.
AKU: Aku cakap apa yg aku nak bila aku mati..sharing je apa aku tahu..ada org tak seram..ada org lagi takmo fikir mati..sibuk kata nak tengok anak-anak membesar, berdikari, berjaya..diri sendiri hidup kaya-raya, ada rumahtangga sempurna bahagia dgn pasangan..tak fikir pon bila  ALLAH kata Kun Faya Kun, anak masih baby pon kita kena tinggalkan..husband yg sehansem Pierce Brosnan pon kena tinggalkan..no choice! You cannot choose when to go to the toilet to shit, right?! When you have to go, you have to go! Jgn seram aje tapi tak buat apa-apa..cam aku nie menjirus air ke daun keladi je..ada reti peribahasa tu?!
.
🗣️: Reti lah! Ko nie..
.
#SentapLahTu


Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?