UNIT ATAS, JOM SYAHADAH!
Apa aku TERbelajar tadi pada masa menanti masuknya waktu Asar..Bukan saja aku TERkejut..wondering juga kat mana aku dapat idea camtu sekali tau! #KuasaALLAH
.
Cam biase setiap kali aku solat ke dzikir ke..ngaji ke..mesti unit atas cam tunjuk protes benci giler kat perbuatan aku..nak kata aku guna microphone karaoke semasa beribadah itu, mana aku ada tu benda pembesar suara sey..Nak kata aku JERIT-JERIT cam pejuang dakwah agama, aku takkan nak buang tebiat camtu bila berdepan dgn ALLAH..agak-agak lah kan..
.
Aku buat semua dgn nada suara yg biashe je..Tak tau lah kan jarak unit aku dgn unit atas tipis kot slab flooring/ceiling..sampai suara sumbang sengau aku cam menDERA pendengaran org atas dan org sekeliling..well, aku BUKAN qariah tilawah Al-Qur'an untuk bersuara sedap semasa beribadah..
.
Tadi berlaku lagi..Selain hentakkan kaki (cam pakai boots bunyinya) sekuat-kuatnya 3 kali kat penjuru siling/lantai bilik, tu besi palang cam dihempas kat lantai..preeeeeng..berkali pulak tu..
.
Cam biasa aku teruskan aje dzikir, tak acknowledge perbuatan tak semenggah tu..Aku bukan nak tunjuk alim tau..tapi, supaya baran aku tak berkemuncak..meroyan..supaya demon aku tak keluar dari tubuh aku dan gi melawan perbuatan tak semenggah tersebut tu..
.
Aku:
Benci betul dorg dgn agama Islam kot..haaaaiiiiizzz..nak beribadah takkan kena duk dlm masjid aje sey..nak travel pulak aku nie ke masjid..Ini rumah aku pe..aku takleh solat ke apa..takleh dzikir ke apa..eeeehk..bab karaoke, takde pulak buat camtu punyer protes ehk..Ini TAK ADIL sey! Islamophobia je!
.
Doa-ku:
Ya ALLAH,...
Gantikan dia dgn mereka yg mampu menghormati aturan beribadah agama Islam-Mu..
.
Gantikan dia dengan mereka yg ada peri-kemanusiaan, boleh bertimbang-rasa dan berakhlak mulia..
.
Nampak cam dia tak tenang je hidup di dunia ini, ya ALLAH... mungkin dia hanya akan tenang berada di sisi-Mu, jadi, ambillah dia pulang ke sisi-Mu, ya ALLAH..
.
Jika masa belum tiba untuk dia pulang, why not jika layak, Engkau jadikan dia seorang Muslim supaya dia lebih memahami aturan beribadah agama Islam-Mu, ya ALLAH..Izinkan dia mengucap dua kalimah syahadah dgn segera..manatau nanti dia berhenti tunjuk protes!
.
Ya ALLAH,
Makhbulkanlah doa permohonan-ku ini..Aamiin ya Rabbal 'Alaamiin..
.
😳😳😳eeeerrrkkk..biar betul sey doa aku..Yg surprisingly, tu bunyi besi bertaburan berhenti serta-merta..sunyi sepi weeeeey..selalunya berlarutan sehingga pagi esok hari..tak tau apa isu dia..Ini tak - asal takut nah TERjadi umat Islam? Tak berani pasal hati tak kuat tinggalkan perkara duniawi? #TepukDadaTanyaIMAN
.
Apa aku TERbelajar ialah jika ada yg BENCI sakan pada agama-ku, hah! Jgn lawan perbuatan sama..Kerana ada yg kata "Doa adalah senjata umat Islam", sila doakan sahaja agar para pembenci agama Islam tu cepat-cepat bersyahadah..menganuti agama Islam..
.
Selain umat Islam bertambah untuk berlumba masuk syurga ALLAH, kasi dorg mengerti aturan ibadah agama Islam..Ingat sesuka hati ke solat 5 waktu nie..Ingat selamba badak ke berdzikir sakan nie..Ini semua dah diperintah oleh agama..
.
Yg benci selalunya mereka yg tak percaya pada ALLAH dan tak tahu aturan ibadah agama Islam..Pelik rasanya..Dah tak caya, asal nak benci pula, kan? Just leave it alone lah..ke dorg bukan benci tapi gerun? Nak gerun apa sey..Semua agama ajar ke arah kebaikan diri, tingkah-laku, pemikiran serta akhlak..termasuk agama Islam..Mana ada agama ajar ke arah menggalakkan kejahatan, kan? Entahlah apahal para pembenci..jiwa sakit tenat kot! Jom rawat jiwa tu dgn syahadah, solat, doa dan dzikir!
.
"Mintalah pada-Ku (ALLAH) sahaja dan bukan pada yg lain..Nescaya akan AKU (ALLAH) makhbulkan semua!"..
.
#UnitAtasBuatOnar
#DoaTerusDoa
#JomSyahadah