TUKILAN PENDOSA MURNI
Tahun 2022 ke 2023 gitu, aku pernah disuruh "tegur" seseorang bab SOLAT..pelik aku rasa pasal aku bukan baik nah..nak "tegur" orang lain pulak, memang tak aaaah🤭🤭🤭..Aku menolak dengan 'sopan'..komen aku : Orang tu masih ada bapak..ada suami..tu kan tanggungjawab bapak dan suami dia lah untuk menegur..BUKAN TANGGUNGJAWAB AKU!
.
Yang aku teringat sampai sekarang adalah statement orang yang nak di"tegur" tu..yang tetiber muncul..dengan muka kerek sakan orang kaya gitew..🤦🏽🤦🏽🤦🏽
.
Statement :
"Korang tonggang tonggek solat tak henti, korang dah kaya-raya..? Mana kekayaan korang? Tak nama pon.Takyah korang nak "tegur" aku jika hidup korang sendiri pon TAK MENENTU..Aku tak buat tu semua pon aku makin kaya-raya..Korang pulak tetap camtu keadaan hidup - tak kaya-raya sikit pon..Yang kau pulak asyik berhenti kerja aje tak habis..Kau takkan berjaya di dalam hidup cam aku aaah!"
.
AKU INGAT TAU STATEMENT TU! PALING MENYAMPAH AKU RASA MASA ITU..Aku nie takdenyer nak "TEGUR" agama sesiapa..I mind my own business..Disuruh "TEGUR" pon aku takmo..for what! Then aku dapat hinaan camnie..Aku nie jenis "kubur sendiri jaga..takyah ambil port kubur orang lain!"..Still, kena cacian camnie?! Aku berhenti kerja, aku tak kecoh apa pon..dia kena buli by FT dah kecoh..cam nak terbalik rumah dia lepaskan geram..WTF!
.
Based on this picture..BETUL! SANGAT BETUL! Itu realiti kehidupan yang sebenarnya! Orang yang tak bersujud..tak solat..hidup mereka makin kaya-raya..rumah dah besar, beli lagi besar..sedangkan dorang nak duduk 2 orang je dalam rumah pasal anak-anak dah pindah rumah sendiri..Then I heard business sampingan milik dia sekarang dah sampai ke luar negeri..Nampak ke tak realiti hidup?! Kita hanya perlu bekerja extra keras aje - 💥 BOOM! 💥 kita makin kaya-raya..
.
BETUL! Ada yang tak sujud pada ALLAH pon, dorang malah diberi kekayaan hampir mirip kekayaan Nabi Sulaiman..Dunia ini adalah Syurga dorang!
.
Aku jenis tak ambil port hal orang lain..LANTAK aaah nak jadi apa asalkan hidup aku tak affected..Tapi bila aku tak ambil port tu lah masanya orang sekeliling aku sampai-menyampaikan semua pada aku..
.
Nak lagakan aku dengan dorang? Nope! Ramai yang sedar dan tahu aku jenis NOT COMPETITIVE..Aku not into branded lifestyle..aku jenis HIPPIES..suka pindah-randah..Aku tak suka ber"lumba" bab kekayaan dengan sesiapa di atas bumi ini..
.
Jadi, mengapa aku diberitahu itu semua? Motif dorang supaya aku rasa "DOWN"..Aku rasa diri nie "the BIGGER LOSER"..Aku rasa yang aku dah GAGAL di dalam hidup..Aku rasa aku nie "HOPELESS", "USELESS" dan "WORTHLESS..tapi, kesiiiiiaaaaaaaan tau kerna aku dah tak rasa rendah diri camtu sejak aku tinggalkan high school!
.
Aku hanya nak hidup simple je..cukup duit makan-minum, bayar bills, shopping, study dan travel..Bila aku dah masuk umur 40 tahun, aku hanya nak lebih happy dari sebelumnya..Aku sedar sejak krisis Cris-Murni dulu, aku dah tak sehappy mana..Aku cuba untuk kembali happy to the fullest..Bila aku dah masuk umur 50 tahun, aku hanya nak hidup tenang, cepat-cepat menopause supaya aku dapat beribadah tanpa gangguan dan beristiqomah taat beribadah pada ALLAH..tu aje aku nak di dalam hidup..
.
Aku tahu yang hidup aku takkan kaya-raya selepas aku koyakkan postee gambar Ferrari Spyder yang terlekat kat dinding bilik aku kat rumah umi dulu! There goes my RED FERRARI SPYDER's dream! Takpe! Kat syurga ALLAH, aku ada BORAQ (kuda terbang)..tu lagi hebat dari Red Ferrari Spyder..😍😍😍#KonfidenALLAHberi .. aku redha terima je! ✌🏽
.
Selain duit, aku hanya OVERTHINKING about:
1)Nak lanjut studi ataupon habiskan kursus yang terbengkalai..🤔🤔🤔
.
2) Sambung solo travel lagi but this time, aku nak ambil foto cantik-cantik kat overseas..foto bangunan! Destinasi pilihan - Jerman!
.
3) Menopause..bila aku nie nak "FULLY MENOPAUSED"aaaah..aku hanya nak fokus on ibadah aku pada ALLAH tanpa ada sebarang interruptions..
.
4) Nak penuhi Rukun Islam kelima - gi Haji je..
.
5) Kalo aku panjang umur, nak learn to drive AGAIN, get my driving license dan beli kereta sendiri..aku nak kereta wagon..pasal nak gi camping senang!
.
Tu aaaaje aku nak fokus bila dah reached 50 years old...Bukan orang solat ke tak solat..kaya ke tak kaya..BOSAN aaah asyik taksub bad materi dunia aje..BORING!
.
Jadi, komen aku pasal picture ini - ISTIRAJ itu kehidupan yang nampak indah..di dunia memang hidup kaya-raya..bila dah jadi kaya-raya, semua orang setuju dengan apa saja kita kata walaupon BULLSHIT!..SCAM!..Semua orang nak berkawan dengan orang kaya..Semua orang suka DEFEND orang kaya-raya walaupon salah lebih teruk dari bunuh orang!...TAPI jika kita bayangkan AZAB di akhirat kelak, peritnya terbakar kulit kita 100% takkan sehebat azab di akhirat kerna ISTIDRAJ nie..
.
Ingat tau, SOLAT adalah ibadah pertama dihisab di akhirat, BUKAN puasa..BUKAN zakat..BUKAN sedekah..BUKAN ibadah umrah dan haji tau..SOLAT tu umpama password pada gedung pahala kita..Jadi, bersujudlah selalu pada ALLAH..taat pada yang satu - ALLAH! Kita nie semua manusia PENDOSA! Ini aku tulis pon jika ada yang tersinggung pasal terasa akan kebenarannya, dah dikira aku berdosa jugak..So, tolong maafkan aku..Tolong doakan aku cepat insaf! Aamiin 🤲🏽
.
Jangan sedih jika dah solat..dah sujud..dah doa tapi masih banyak permohonan kita BELUM dimakhbulkan oleh ALLAH..kerana apa saja permohonan kita yang tak tertunai di dunia, ALLAH gantikan dengan pahala di akhirat..Hah! Manatau boleh guna kot untuk beratkan timbangan pahala kita kelak! Wallahu'alam..
.
Teruslah bersolat..Teruslah bersujud..Teruslah berdoa..ALLAH tak tidur tau..ALLAH saksikan segalanya..
.
Biar manusia hina dan lupa kita, asalkan ALLAH sayang dan ingat kita..Insya ALLAH..Aamiin ya rabbal 'Alaamiin..
.
Pendosa bernama Murni,
Asia Tenggara