TERUSKAN PERJUANGAN

🗣️ : 

Pernah ke tak kau hadap benda camnie?
1. Bila perempuan ada duit, dia dikata sombong..

2. Bila perempuan berpangkat tinggi, dia dikata berlagak..

3. Bila perempuan cantik bergaya, dia dikata jual mahal..

4. Bila perempuan guna barang jenama, dia dikata materialistik..

5. Bila perempuan takmo bekerja selepas berumahtangga, dia dikata pengikis..

6. Bila perempuan takmo hidup susah, dia dikata memilih..

7. Bila perempuan diceraikan, dia dikata tak pandai jaga suaminya..

Dan banyak lagi..Pernah?
.
Aku: 

Siapa yg kata camtu? Lelaki? Dia kata camtu menggambarkan siapa - ibunya? kakaknya? isterinya? adiknya? anaknya? Bagi aku, aku dah hadap semua telingkah lelaki yg mulut longkang  camtu..
.
Dulunya aku mudah tersinggung dan melawan balik jika ada lelaki berkomentar begitu..tapi as years passed by, aku sekarang tersenyum nipis aje..bila lelaki kehairanan dgn senyuman aku dan tanya kenapa aku diam dan tak melawan, aku kata apa gunanya melawan jika itu descriptions of your mother, your sister, your wife and your daughter..Aku perlu tak setuju kah dgn semua tohmahan dia terhadap darah daging sendiri?..Bila dia kata it is as general speaking, aku tanya berapa ramai perempuan dah kecewakan dia kaw-kaw sehingga dia beri conclusion camtu teruk.
.
Selalunya lelaki takmo beritahu berapa ramai perempuan dah "dumped" dia kerana piil mulut longkang dia..Well, dorang mungkin nak nampak sesuci penghuni syurga kot depan aku nie..which it did not impress me..Namun dgn perceptions  terhadap perempuan camtu rendah dan teruk, rasanya lebih tepat lelaki jenis camnie digelar sehangat penghuni neraka ajelah..🤭🤭🤭
.
Bagi aku, lelaki boleh kata apa sahaja kat aku..silakan..kerana at the end of the day - who is there for me..which men exist to be there for me..to guide me in my life continuance? Ada nampak siapa di sisi aku? Takde! Jangan speaks only, no action kerna it leads to deaf ears of mine..Cakap itu-ini tapi bila minta tolong, dia kata perempuan menyusahkan..benda kecil tak boleh buat sendiri..asyik nak harapkan dia tolong buatkan..
.
Then, how? Bila perempuan semua buat sendiri, kata perempuan berlagak kononnya berdikari tak perlu lelaki tapi realitinya, memang takde lelaki yg tolong perempuan pon..We, women have to do it all by ourselves..Jadi bagi pendapat aku - lelaki hulur duit je yg banyak pada perempuan..jangan banyak omong kosong..aku jenis malas nak layan tau..hah! Bila tak layan, lelaki kata perempuan sombong, jual mahal, memilih dan berlagak pulak..Aduhaaaai..please stop this craps, guys! Be a REAL MAN!
.
Jadi, aku sekarang looking for more actions, not long speeches by men..
.
Kasi aku sebab kenapa bila perempuan ada duit takleh sombong..bila berpangkat, takleh berlagak..jika ada semuanya, takleh jual mahal..buat semuanya secara berdikari, takleh memilih? Silakan bentang sebab-musababnya.
.
Sebenarnya ego lelaki rasa tercabar..tergugat..bila perempuan boleh buat semua tanpa lelaki campur-tangan..So jika fikir camtu singkat, lelaki buatkanlah semua..kasi perempuan duit banyak-banyak..kasi perempuan kebanggaan dgn diri lelaki itu dgn adanya pangkat tinggi..buatkan  semua yg perlu dibuat untuk perempuan..Lelaki usaha lebih supaya perempuan takyah bekerja lepas dinikahi olehnya..lelaki usaha lebih-lebih supaya perempuan tak hidup susah..Ada berani buat semua tu  untuk perempuan?
.
Sukar nak jumpa lelaki yg lebihkan usaha daripada merepet terus di akhir zaman nie! Kalo rasa tercabar, lelaki buat lebih supaya perempuan bangga milikki lelaki yg hebat..Ini tak, kerja lebih takmo..best part nowadays, nak bekerja pon takmo - agenda asyik nak perempuan tanggung hidup..expect perempuan beri lelaki nafkah zahir dan batin..camner nie?
.
Bagi perempuan yg kena tohmahan, hinaan and cacian yg cam disebut tu, sabar aje..senyum aje..jangan layan sangat..berdebat hingga akhirat pon perempuan diberi menang tapi dikondem belakang-belakang oleh lelaki..Teruskan usaha memperbaiki taraf kehidupan sendiri..While the men wanna be pretty dolls, the women have to fight fiercely thru' life alone as SURVIVORS! #KoRase

Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?