SINGLE ME OUTZ



Screenshot dari VTT..
.
"ORANG SINGLE BUAT APE JE KALAU WEEKEND NI?"
.
Aku SINGLE..membership aku seumur hidup..aku mintak dari ALLAH..bukan depan Eiffel Tower..bukan depan tembok Cina..Tapi, depan Kaabah..di Multazam..Iya! Aku orang jahil yg meminta di tempat tersohor..Jangan risaukan aku kekal SINGLE kerna selagi aku diberi rezeki bersholawat oleh ALLAH, insya ALLAH, nabi ngaku aku umatnya..chill, okay!
.
Weekend aka hujung minggu, orang SINGLE cam aku buat apa aje..Kalau aku, let's divide it into 2..
1) Masa aku ADA pekerjaan.
2) Masa aku TAKDE pekerjaan.
.
1) MASA AKU ADA PEKERJAAN
Selepas bekerja Isnin-Jumaat, Sabtu dihabiskan pergi ke pasar untuk beli bahan memasak untuk 2 minggu..pasal peti ais aku cinonet..Balik dari pasar, aku akan mula membasuh..walaupon pakaian opis aku berlambak..kekadang 2 minggu tak buat laundry..2 minggu is the MAX! Tu aje dah habis lebih dari setengah hari Sabtu..Lepas masak dan makan plus laundry selesai, aku lepak dalam rumah aje..BORING?! Neeeeaaaay..Aku nampak je sewel giler-giler kat luar, actually aku seorg INTROVERT..aku hidup privately! Duk rumah tu pon kalo takde pertemuan dgn member for lunch atau dinner.
.
Hari Ahad pula aku memang either gi rumah umi untuk cover helper on OFF day ataupon aku ada kelas memasak ke agama ke..ataupon aku duk rumah ganti tidur..selepas solat Isyak, aku dah mula gosok baju opis..Alhamdulillah, banyak baju aku yg IRONLESS..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚dasar pemalas aku nie..Lepas tu, aku akan siapkan semua benda nak bawa ke opis esok harinya..Aku bawa 2 beg..tu tak termasuk bag laptop..🀦🏽🀦🏽🀦🏽cam lari rumah kekadang!🀭🀭🀭 Then tidur..
.
Tu kalo ada pekerjaan..
.
2) MASA AKU TAKDE PEKERJAAN
Isnin-Jumaat aku either gi supermarket atau buat hobbies aku..update journals kah..update blog kah..knitting kah..pasang perabot kah..
.
Hujung minggu, aku rehat santai mesra alam aje..BORING? Aku rasa lebih boring merayap di mall yg penuh sesak dengan orang..worse kalo bertembung dgn orang yg aku takmo jumpa..Itu BORING bila dorg nak basa-basi dgn aku..Muka aku konfirm cemberut!
.
Orang SINGLE aku nie DAH PUAS having fun masa muda..dari sekolah - aku aktif bersukan..main rounders lah..terjerit-jerit cam kak pon..main volleyball..pon terjerit-jerit..Yg aku TAK MAIN - Netball! Tak reti aku sukan tu..yg lain, ALHAMDULILLAH dah puas main..Aku gemok pon aktif masa tu! Lepas tamat sekolah menengah, aku sibuk kuruskan badan..gi gym..gi kelab..travelling lagi..facial..manicure..pedicure..makeup workshop..pegi konsert..Aktif outdoor..tak reti duk diam aku nie dulu..so bila umur reached 40, aku beritahu diri "You better slow down, Murni!" and I did just that..except travelling..So bila orang sekeliling sangka hidup orang SINGLE tu boring..no life..no soul! SINGLE lain aku tak tahu..Aku yg SINGLE, aku boleh konfirm - I have lived my life at the FULLEST!
.
Hanya since umi dah bedridden, aktiviti balik subuh dah takde..balik 2-3 pagi ada je dulu ketika bekerja sebagai pembantu lawyer..tu bekerja..bukan berfoya-foya!
.
Yang BAGUSnya being SINGLE dan duk rumah sendiri, tu aaaah..aku tak perlu PAKSA DIRI bangun awal pagi untuk buat sarapan famili..Aku TAKDE sesiapa kejutkan merengek lapar..Aku TAKDE mertua atau sedare mare yg aku harus visit..Aku TAKDE tanggungjawab untuk bawa sesiapa keluar for fun..Aku TAKDE fikiran untuk hadirkan diri di sesuatu majlis..
.
Jika aku tak keluar dengan sesiapa, aku ikut rentak aku - bila nak keluar..nak gi mana..apa keperluan nak keluar merayap tu..suka-suka hati aku apa nak buat hujung minggu! Kekadang tu - tak buat apa sangat..solat->masak->makan->tidur..yg PALING PENTING, aku tenang dan suka membuatnya!
.
Iya! Yang TAK SINGLE tak mampu faham APA YANG BAGUS SANGAT DUDUK RUMAH..takpe..aku tak kecik hati pon..asalkan jgn merepet yang bukan-bukan..kondem orang SINGLE macam-macam..Just MIND YOUR OWN BUSINESS..jika takde yg baik utk berkata, DIAM!
.
Kalau ada yang promoting coupling adalah terbaik, sorry I am not buying it..kerna aku pernah hidup coupling nie semua..Very dragging aku rasa bila kena layan kehadiran seseorang..temankan hobi seseorang..paksa diri hadir sebelah seseorang kat majlis walaupon soul aku masa tu ke laut..jasad ada kat situ, roh dah entah ke mana merata..then Ahad malamnya aku flat..then hari Isnin tetiber ambik URGENT LEAVE just to recharge energy aku..Aku dah lalui coupling berbelas tahun..masa tu jugak TAK KURANG PASANGAN..ada aje yg jadi partner aku..tak henti sehingga umur 45-46 tahun bila aku berhenti jadi ACTIVE partner..henti ikut TS memancing..TS pon dah malas attend formal events..selalunya TS pon lepak dalam rumah sahaja! Dua-dua dah jadi INTROVERT COUCH POTATOES 🀭🀭🀭..so, aku tak iri hati bila hidup orang coupling gi sana-sini penuh aktiviti..buatlah..pergilah..Aku nie dah puas tu semua..
.
TS pernah tanya aku,"Murni, awak takmo kah keluar dating cam dulu? Tak bosan kah? Jangan tuduh sy tak romantik tau!"..Aku selalu jawab,"Tak kuasa kita nak fikiran camtu..kita nie fikir duit, ibadah dan tidur je..kalo ada duit lebih, fikir nak travel je..benda lain, tak kuasa aaaah..Awak diam, boleh?! I need my quiet space!"..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚selalunya bila aku kata camtu, TS tarik selimut tidur..aku tetap kat satu penjuru, overthinking!
.
So, asal tanya orang SINGLE buat apa hujung minggu?! πŸ™„πŸ™„πŸ™„

Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?