JIRAN BUKAN ASAL SYURGA
MUNGKIN TAK PERNAH BERSEKOLAH...
- Mungkin juga ehk famili terlalu kolot dan miskin jadi, anak terbiar tak dapat pendidikan..terutama sekali bab pendidikan civik..
.
MUNGKIN TAK RETI BAHASA INGGERIS..PASAL TU NOTIS DARI HDB SUKAR DIFAHAMI...
- Mungkin jugak jenis berasal dari sekolah bahasa ibunda-ayahanda di zaman dulu..kesian ketinggalan jauh di dalam dunia moden zaman AI..yg bahasa Inggeris sangat berguna! Kalo org Melayu, aku boleh translate tu notis dari HDB..sila DM tepi okay! 🤣🤣🤣
.
MUNGKIN DILAHIRKAN DAN DIBESARKAN KAT HUTAN CAM TARZAN...
- Maklum ajelah dulu Singapura memang banyak semak-samun kerna masih banyak hutan..manatau pernah berjiran dengan Bawang Putih dan Bawang Merah sekeluarga..ataupon berjiran dengan Pak Pandir..atau pon Si Bongkok..#HaiTudungPeriuk
.
MUNGKIN SELAMA INI DUDUK KAT ATAS BUKIT DI TANAH BESAR...
- Jenis camtu semakin ramai kat Singapura zaman AI..Secepat kilat dapat kerakyatan Singapura..Memang ramai juga yang rasa ENTITLED sgt aka BESAR KEPALA..Gomen jgn berhenti aleeem je dorg tu!
.
MUNGKIN TAKDE PEKERJAAN..MENGGANGGUR..JADI STRES GILER DALAM RUMAH JADI, BUAT BISING AAAAH...
- Sila lah ke Pusat Lanjutan Pembelajaran Seumur Hidup kat sebelah IMM tu..Sila ambil kursus yg patut sebelum mula bekerja..atau kursus untuk "kill the time"..Kalo berbangsa Cina, byk aje tempat satu Singapura yg hanya memerlukan tenaga pekerja berbangsa Cina dan boleh bertutur bahasa Mandarin..Ada ajelah pekerjaan buat orang dia! Make yourself useful - get a job and start earning alot of money..You can go Europe holiday next year!
.
MUNGKIN TAKLEH TIDUR PADA WAKTU MALAM HARI PASAL DAH TIDUR SEPANJANG WAKTU SIANG HARI..TU YANG BUAT BISING!
- Kalo ansomnia, sila jumpa doktor untuk pemeriksaan kesehatan mental dan ambil ubat untuk ubati penyakit ansomnia. Kalo sehat walafiat dan terlampau rajin sgt, sila bekerja extra sambilan masa OFF day dalam industri penjagaan keselamatan..Sila jadi Security Supervisor atau Chief Security Officer shif tetap malam..lebih afdhal kot daripada disumpah-seranah oleh orang sekeliling secara "rahsia"..tup tup tup depan Tuhan nanti, kau baru tau langit tu tinggi atau rendah..berkontena orang dah sumpah hidup kau..masa tu GO ROT IN HELL! Tiada maaf bagi-mu tau! 🤣🤣🤣#DramatikGitu
.
.
NOTA:-
Mengganggu ketenteraman penduduk lain yang perlu bekerja di siang hari keesokkan harinya..serta para pelajar yang belum cuti sekolah - perlu ke sekolah pagi keesokkan harinya, hanya mendatangkan sumpah-seranah ditujukan pada diri kau sendiri..Diri kau sendiri dah di-SWEY-kan, di-SIAL-kan, di-CELAKA-kan oleh perbuatan kau sendiri..Aduhaaaaaiii..Indah bahagia sangat kah hidup sebagai JINX!
.
Apa susah, kau banyak duit dan boleh aje pindah lain tempat tinggal?! Pindah-randah aktiviti seronok buat kau lah ehk?
#HaiTudungPeriuk #HeyMangkukHayun
#JanganBongkakSakanBroDatukPadukaTanSri #JanganSombongSgtSistaCikPuanDatinPadukaPuanSri...
Weeeey,..Kau pergi duduk kat mana-mana sahaja di atas bumi walaupon ke planet luar sana sekalipon, jika piil busuk hati kau tak terhakis, kau berterusan tetap akan menjadi kebencian orang sekeliling aje..Hati kau yang hitam itu sila cuci sampai putih bersih dengan Klorox atau Baking Soda campur cuka dan air panas mendidih..Takde satu manusia pon boleh hidup tenang jika BUSUK HATI tau..Takde sesiapa pon boleh selamat dunia-akhirat jika tak henti dari kecik sehingga dah tua nak mampus asyik mengganggu ketenteraman hidup orang sekeliling..Ingatlah, hidup di dunia nie bukan lama sangat especially sekarang dah tahap akhir zaman nie..Akhir zaman sebelum kiamat! Konfirm kau sempat kah bertaubat dan hapus semua dosa kau?..OVER-confidence tu kau beli kat mana..online? Dunia nie mungkin syurga buat kau..tu yang kau buat sesuka hati macam dunia nie milik mak-bapak-datuk-nenek-moyang kau, kan?..Kau memang lansung takde sifat bertimbang rasa dan tak pernah fikir bab ketenteraman hidup orang sekeliling kau, kan?..👏🏽👏🏽👏🏽...Tahniah!...Syabbaaaaaas! Ketahuilah oleh kau, wahai bakal jenazah bahwasanya di akhirat kelak kau akan terseksa dengan azab yang paling terbesar dalam neraka jahanam tu..forever and ever..selamanya..kerana perbuatan kau mengganggu ketenteraman hidup orang sekeliling..Dunia nie hanya sementara sahaja, akhirat tu yg kekal!
.
Ini yang P. Ramlee kata,"Dah tua pon BODOH!"...Aku repeat banyak kali, aku ketawa! 🤣🤣🤣...😂😂😂
.
1 Disember 2025..Dari kul 11 mlm dah berketuk sakan cam renovation lantai..malam tadi kat ruang tamu..tak berhenti ketika entry nie ditaip..
.
INSIDEN 1
That night yg dah lepas lepas, kedengaran ketukan tukul + hentak kaki 3 kali (3 sets) sekuat-kuatnya cam pakai boots keras untuk gi inspection kat construction side..Itu kat dlm bilik tidur..tu around pukul 8.30 malam selepas waktu solat Isyak..Aku balas balik berketuk guna galah sambil dzikir solawat Nabi..
.
INSIDEN 2
Dulu masa dia baru pindah masuk, setiap kali aku solat Zohor dan Asar, kedengaran bunyi drill tak henti..dari aku mula solat sampai selesai solat..Kekadang rasa cam ada CCTV di dalam bilik aku yg link kat monitor atau handphone dia tau..tau-tau aje bila aku solat..then satu kali tu aku dah terlampau bingit, aku baca surah Al-Kafirun kuat sikit berserta niat bacaan tujukan pada dia..jika dia org Kafir, tunjukkan pada aku dengan bersemuka-tanya aku baca apa yg membingitkan telinga dia..Dan kalo org Islam, tunjukkan pada aku dengan dia berhenti buat onar drilling setiap kali aku solat..Alhamdulillah! Berhenti drilling on the spot..Korg rasa orang agama apa?..😏😏😏..Simpan aje jawapan korg dalam hati, okay!
.
Aku nie solat sendirian (nampak sendirian lah!) tau..aku BUKAN imam masjid yg nak kena guna microphone pembesar suara..best part cam dia boleh dengar apa aku baca sey..sedangkan tingkap bilik semua tertutup rapat..Begitu juga semua tingkap kat ruang tamu dan dalam toilet..yg terbuka hanya tingkap kecil belah atas kat dapur..tu pun dapur jauh dari bilik aku..Bacaan aku pon tak sekuat-kuat hati cam berkaraoke Yeh! sana Yeh! sini sekuat-kuat hati..apalagi using speaker booster sampai bergegar siling kongsi..tembok kongsi..🤣🤣🤣 Jadi, camner boleh tahu bila aku solat..apa aku baca..#HebatJinPeliharaanDia Kalo org Kafir, tahu kah makna surah aku baca di dalam solat? #MusykilAkuDibuatnya
.
INSIDEN 3
Sebelum dia pindah masuk, tu SMOKE DETECTOR kat living room aku paling bising tau...krek krek krek..cam tape recording dah part ending dan tak tukar baru..cam bunyi tape tersendat pon ada..very noise sampai aku sembur tu device dengan air refreshner..🤔🤔🤔..Dia pindah masuk je, senyap sey tu SMOKE DETECTOR! Terfikir aku sejenak - kat situ kah tersimpan camera yg pantau dalam rumah aku??? Wallahu'alam..
.
INSIDEN 4
Pernah kedengaran lompatan kuat cam pakai boots yg sama..3 kali..jumping on the spot gitu then jump to next part cam main hopstoch game tu..Dari depan pintu utama sampai depan pintu bomb shelter..Aku masa tu sedang makan malam kat ruang tamu..Aku nak ketawa masa tu..Aku kata,"Aku kat sini lah, bongok..Asal lompat setakat situ je? Sila sambung..kalo berhajat sangat nak "buat jahat" kat aku..Yg afdhal, kau intro diri kau..jgn kasi nama pelik-pelik, aku tengah makan nie..takut tersedak bila dgr keindahan nama kau! Teruskan lompatan tu!"..Terus aktiviti melompat kat area itu berhenti..
.
Aku nie hanya mampu berdoa jika ada org yang berniat "JAHAT" terhadap aku,..nak "KHIANATI" aku,..semoga ALLAH membalasnya. ALLAH sahaja penolong aku sekarang nie..Aku serahkan semua onar dan masalah di dalam hidup aku kepada ALLAH sahaja..Aku dah penat nak hadap sorg-sorg.."HasbiALLAH wanikmal waqeel, nikmal maula wa nikman naseer" aje aku dzikir!
.
Tu pasal aku nie TAK PERNAH berangan untuk beli flat HDB sendirian pasal aku tahu ada aje org yg akan memperlekehkan perempuan yang takde pasangan hidup cam aku tapi diizinkan oleh ALLAH kemampuan untuk beli flat sendiri..SALAH dan berDOSA kah beli tempat tinggal sendiri? Aku tak tau dan takmo tahu asal masih ada org yg memilikki this kinda mindset di atas muka bumi ini..
.
Lagi satu sebab kenapa aku takmo beli flat HDB - aku tak begitu selesa tempat tinggal dekat dengan jiran tetangga pasal aku sedar yg tak semua jiran adalah kiriman syurga ALLAH..Worse, bila ada jiran atas unit aku..jika sebelah unit ada jiran..Walaupon kalo aku TAK BUAT apa-apa yg pelik-pelik mengganggu org sekeliling, jiran-jiran yg bukan berasal dari syurga tu yg akan mula buat yg macam-macam gangguan yg begitu mencabar kewarasan mental aku..Aku takmo repeat tiru insiden berdarah kat Yishun beberapa bulan lalu, terjadi kat kawasan perumahan aku nie pulak! Selisih sey! Jgn sampai camtu..ngeri sey!
.
.
Sedihnya nasib aku begitu malang sekali..aku takde pilihan lain selain paksa diri beli, pindah keluar dan duduk dalam flat HDB selepas aku "diusir keluar" dari rumah org tua aku..kerana ada yg "mata merah" sakit hati aku duduk FREE OF CHARGE kat rumah org tua..Aku takyah bayar cukai pintu..cukai hartanah..Iyalah, SP tu kan perniagaan milik aku..Revenue House tu pon aku punyer..Sekarang pastinya dorg semua DAH PUAS HATI SAKAN, kan?!
.
.
UPDATE:
- Berhenti berketuk kul 1.24 pagi..#ALHAMDULILLAH..
- Hentak kaki sekuat-kuatnya 3 kali sekarang kul 2.13 pagi kat dalam bilik tidur pula..🤦🏽🤦🏽🤦🏽.