VTT MENGIMBAS KISAH LALU
Gambar ini diambil dari satu VTT..yang sayu aku membacanya..namun wanita tersebut BIJAK buat keputusan - tak jadi nak nikah! ππ½ππ½Tahniah!
.
Menikahi seseorang yang tepat akan membahagiakan namun jika ternikah seseorang yang salah, akan menjerut leher sendiri - merana derita sendirian selamanya!
.
Aku perhatikan semakin dekat kiamat, semakin ramai lelaki Muslim yang macam nie..kekata sinis ala "Diktator" ke narcissistic ke apa ehk..Apa jua piil yang tak semenggah si suami, si isteri takleh buat apa ke camner? Doa untuk si suami berubah aje? Soalnya sampai bila kena doa..kena diam..kena tahan..? Sehingga nyawa isteri melayang kah?π€π€π€
.
Aku terOVER-THINKING je..kerna kekata seperti ini pernah diacukan pada aku oleh seseorang yang tinggal kat Timur SG (dulu aaah dia tinggal kat situ..)..Nak kata dektu tak berpendidikan, tak jugak..Arkitek kot pekerjaan dektu..Tapi ada desas-desus kata dektu jadi camtu kerana tersalah ikut kumpulan agamawan..separuh jalan, dektu keluar dari kumpulan tersebut tapi, perangai dah jauh tersasar..Hmmmmπ€·π½π€·π½π€·π½..entahlah..nak kata desas-desus tu salah, cam betul aje..pasal bagi dektu punyer pemikiran, suami adalah penjamin isteri masuk syurga yang aku bidas,"Dosa kita sendiri tak terjawab..Diri kita sendiri belum tentu masuk syurga..kalo dapat masuk syurga pon belum tentu tak "transit" kat neraka..Boleh jadi penjamin pasangan kita masuk syurga? Biar betul nie awak punyer agama..belajar kat mana..dengan siapa?.."..Senyap terus dektu..
.
Aku nie jenis TAK SUKA bersembang kencang tak kencang pasal agama Islam..
.
Aku jenis TAK SUKA orang mempermainkan hukum-hakam agama hanya kerana kononnya dah campur agamawan, ilmu pahaman agama Islam lebih tinggi dari orang sekeliling..
.
Aku jenis TAK SUKA sesiapa gunakan sunnah atau hadith untuk menindas orang lain terutama sekali kaum wanita..
.
Bagi aku, ajaran agama Islam tak kejam..bukan nak tunjuk manusia mana lebih berkuasa..bukan untuk digunakan untuk menindas mana-mana golongan manusia..Agama Islam lebih pada pendamaian sambil memimpin manusia ke jalan yang benar. Manusia takde kuasa apa-apa di atas muka bumi..Hanya ALLAH sahaja Maha Berkuasa.
.
Selang beberapa tahun..selepas TS balik dari Jerman, aku ada jumpa akak senior yang kenalkan aku pada arkitek tu..Akak tu britau aku dektu belum berumahtangga..lepas tu akak tu tanya aku,"Murni bahagia dengan pasangan sekarang? Tengok badan makin mengembang!"..
.
Aku jawab,"Alhamdulillah. Bahagia aje. Nak kata tak gaduh, mana ada hubungan yang tak gaduh..tapi tu aaah..gaduh-gaduh manja..gaduh pun tak sampai nak "bercerai"..gaduh pun tak sampai 2 jam..Dia pandai beli jiwa Murni..Dia tak terlalu menekan Murni suruh buat itu-ini..Suara dia je lembut je, kak..Marah dia pon suara dia tak tinggi..Tu yang Murni kekadang segan bila nak tarik suara..Rasa bersalah jugak selepas tengking dia..Sabar dia sampai umi Murni kagum..Umi Murni pon kekadang tak sabar dengan karenah Murni yang pelik-pelik..π€£π€£π€£..Dahlah memang Murni cari orang biasa yang tak pernah ke pesantren yang mampu hafal bacaan surah Yaasin dan TS hafal..terharu Murni bila dia baca surah Yaasin dari mula sampai habis di depan umi Murni..Apalagi Murni nak, kan? Jadi, Alhamdulillah..Murni bahagia dengan TS.."..
.
Akak tu senyum dan kata,"Entah bila dektu nak bahagia juga ada pasangan.."..
.
Aku jawab,"Boleh aje asalkan dektu reti mellow down ego dektu..Perempuan sekarang bukan cam perempuan zaman moyang-nenek-emak kita..perempuan sekarang fikir kebahagiaan diri sendiri juga diutamakan..Bukan asyik fikirkan dan utamakan kebahagiaan suami-anak je..Tu dektu kenalah faham dan adapt di zaman moden nie..Tak salah berlembut asalkan jangan sampai she disrespect him..Lelaki adalah pembimbing BUKAN pengajar..Buang sikap asyik nak guna kuasa VETO suami yang apa-apa aje tu..Baru rasa tenang dan bahagia berpasangan.."..πππ
.
Akak tu ketawa sey dan kata,"Amboiiii! Pandai TS bimbing Murni iya..dulu dengan dektu, asyik menengking aje korang berdua.."..
.
Aku jawab,"TS membimbing, Murni dengar aaah..takde kuasa VETO bagai..Murni boleh beri pendapat..bukannya paksa Murni ikut TS membabi-buta..Nak marah-marah bab dektu, buang air liur aje..Murni hanya bersyukur je dengan adanya TS..kalo TS pergi dulu pon, Murni tetap kenang TS di dalam doa Murni..pasal TS layan Murni dengan baik..Layan Murni sebagai manusia, bukan hamba abdi yang dibeli dari tukang lelong!"..π³π³π³ππππ€£π€£π€£
.
Jadi, bila ternampak kekata seperti ini, aku terkenang kisah lalu. Aku beranggapan semakin canggih dunia sehingga tahap wujudnya AI, semakin terbuka kecerdikan lelaki Muslim..tak sangka species cam dektu masih wujud di atas muka bumi ini rupa-rupanya. π€¦π½π€¦π½π€¦π½π€£π€£π€£
.
Nasib baik Dating Game bukan lagi aktiviti luar rumah bagi aku..kalo tak, nampak gayanya back to square one..makin sakit hati aku ini iya bila bab melayan karenah lelaki Muslim..Macam-macam lelaki Muslim akhir zaman ini..Aku hanya perhatikan dari jauh dan geleng kepala..masa kat mahkamah keluarga pon aku jenis geleng kepala bila mengadap lelaki Muslim ber"celoteh"..πππ
.
Haaaaiiiiizzz..mengeluh panjang aku bila tengok certain VTT lelaki Muslim..Mana yang kata tugas isteri buat kerja rumah dan mengangkang aje..Mana yang kata isteri yang baik tak persoalkan piil, perangai dan perbuatan suami..Mana yang kata isteri yang solehah adalah isteri yang tak banyak cakap..ikut aje perintah suami..π€¦π½π€¦π½π€¦π½Pening aku jadinya jika masih in the Dating Track! π΅π«π΅π«π΅π«π΅π«
.
Untungnya aku sekarang dah jadi Senior Citizen yang dah tak kuasa pikiran bab remeh-temeh cam isu berpasangan..pernikahan..bercinta sakan pada manusia..Ada lebih baik aku pikir bab interior designing rumah aku kah..puasa 2026 dah dekaaaaat nie..menu iftar belum fikir..Selepas tu Raya pulak..manatau ada orang sudi nak datang ke rumah mini aku..kena berhias juga walaupon ala gothic! π€£π€£π€£..Lebih berfaedah pikir bab nak cari dan dapatkan pekerjaan tetap..bab apa kursus nak ambil guna tu Mid-Career Skillfuture Credit yang $4.5K tu untuk support kemahiran aku agar khidmat aku lebih berguna..Lagi paling afdhal kot pikir bab nak luangkan masa untuk hadiri kuliah serta kursus keagamaan cam pengurusan jenazah..kursus umrah-haji LAGI as refresher π€π€π€..kursus fardhu ain..kursus lancarkan ngaji Al-Qur'an kah, kan?!
.
Masa hidup aku dah semakin singkat..takde masa harus terbuang dengan hal yang muda-remaja terkejar-kejar..Moga ALLAH senantiasa sedarkan aku bahwasanya kematian aku semakin hampir..aku dah tua..jangan buat benda yang bukan-bukan..Insya ALLAH, moga aku senantiasa sedar diri..Aamiin..
.
Teringin nak main ski..ice skating dan roller-blading..tapi, takpelah..Tak mati berdosa pon kalo tak main itu semua, kan?!!! π€£π€£π€£#MontelBuangTebiat
.
#KarenahLelakiMuslimYangTaklehBlah
#SalahPasanganBolehBawaMaut