OVERTHINKING ALERT ON!

OVERTHINKING ALERT ON!

Semalam tetiber terfikir..terimbas satu peristiwa lalu di dalam kejadian di atas muka bumi ini.
.
Di satu negara di timur tengah..di gurun..Negara itu suatu ketika mula menerima pelabur asing ke dalam negera mereka. Pastinya anak muda yang paling gembira terutama sekali yang pegang ijazah..yang sedang mengejar ijazah..melihat pelabur asing ini sebagai tanda masa depan mereka lebih cerah. Pastinya di dalam pemikiran dan hati mereka hanya nak meningkatkan ekonomi keluarga yang sudah banyak berkorban.
.
Sehingga satu kejadian pada seorang pemuda anak watan yang memegang ijazah..tak salah aku, ijazah komputer ataupon kejuruteraan..Pemuda ini penuh semangat seperti aku tulis di atas - ingin membantu ekonomi keluarga, pergi memohon pekerjaan di salah satu syarikat asing yang besar. Sedihnya, dia dikhabarkan tidak dapat perkerjaan tersebut..Nak buat camner mungkin bukan rezekinya. Disamping menunggu pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya, dia meniaga buah-buahan. Faham-faham ajelah bila kita bekerjakan sesuatu yang tak bersesuaian dengan kelulusan, orang keliling akan berkata..mempertikaikan semua. Namun pemuda ini tetap sabar. Sehinggalah mendapat tahu jawatan yang dia tak dapat itu diberikan pada pemohon warga asing yang senegara dengan syarikat asing tersebut. Pastinya kecewalah pemuda itu.
.
Yang menjadi peristiwa aku ingat sehingga kini..ialah bila pemuda itu membakar dirinya sendiri kerana terlalu kecewa..mungkin kecewa dengan takdir ALLAH..Wallahu'alam..Insiden kematian pemuda ini membangunkan kemarahan para pemuda-pemudi negara itu sehinga terjadinya kerusuhan besar-besaran sehingga ketua negara itu digulingkan. Mantan ketua negara itu masih hidup di dalam penjara bersama ahli kabinet kerajaan negara itu.
.
Motif amarah para pemuda-pemudi negara itu ialah keTIDAKADILan di dalam dunia pekerjaan negara mereka. Terutama sekali bila pelabur asing lebih mengUTAMAkan warga negara mereka sendiri daripada membuka banyak ruang pekerjaan untuk warga tempatan yang sama tahap pendidikan.
.
Yang aku terfikir semalam adalah bila aku perhatikan sekeliling aku di dalam dunia pekerjaan tempatan. Jangan kata syarikat asing memilih warga negara sendiri sebagai pekerja mereka  tapi, syarikat tempatan lebih mengUTAMAkan warga asing sebagai pilihan teratas ketika membuat pemilihan sebagai pekerja mereka..walaupon bahasa Inggeris HANCUR SUKAR DIFAHAMI namun tetap bergaji lebih besar dan mudah dapat pekerjaan..Sedangkan bila ditinjau setiap penjuru pulau mewah ini, ramai aje warga tempatan yang memilikki sama kelulusan tahap pendidikan dengan warga asing yang diagung-agungkan.
.
Soalan aku adalah : Apakah bila aku dah tutup mata aka MENINGGAL DUNIA, apa yang terjadi di dalam negara di timur tengah itu apakah AKAN terjadi di pulau serba mahal lagi mewah seperti Singapura ini?
.
Wallahu'alam..Namun aku rasa amat sedih membayangkan jika kejadian sama terjadi di Singapura di belakang hari..camner kedudukan serta nasib warga tempatan yang lahir di pulau ini? Nak doakan yang terbaik, aku sedang melihat yang TAK BAIK di dunia pekerjaan tempatan. Jadi, doa apakah yang harus dihulurkan untuk generasi masa depan?
.
Itu sahaja yang aku fikirkan kerna sudah banyak dengar desas-desus bahwasanya sekarang ini ramai anak warga tempatan (WATAN) yang juga para pegang ijazah masih tak dapat pekerjaan dan salah satu alasan banyak syarikat ialah mengajikan warga asing lebih menjimatkan daripada mengajikan warga tempatan..Ratio warga asing dengan warga tempatan adalah 2:1..Gaji sorang anak watan boleh mengajikan dua warga asing! Tu fakta amat menyedihkan walaupon aku takde anak sendiri tapi aku ada ramai anak-anak sedare weeey!
.
Aku hanya terfikir aje..maklum aku kan sukaaaaaaaa OVERTHINKING! Tu pon masih ada yang tuduh aku SELFISH, mementingkan diri sendiri, Ignorant blah blah blah..🖕🏽🖕🏽🖕🏽
.
🗣️ : Kalo kau tak dapat pekerjaan lagi selepas HSA-TRB..how, Murni?
.
Aku :
Aku mintak kerajaan aku tanggung hidup aku sampai mati lah..Bukannya aku tak apply kerja..beratus sehingga yang nak speaking Mandarin only pon aku apply..yang nak Diploma/Degree sebagai Admin Assistant pon aku rembat..Ada aku peduli..Usaha tangga kejayaan, kan? Tak boleh putus asa! You rest only when you are done..not when it is tough..Punch those challenges with your iron fist! Bukannya aku tak berdoa minta kerja..weeeyyy bukan nak riak tau (mmg riak tahap gaban budak montel nie🤭🤭🤭), tahajjud every morning tau..tu rahsia camner aku boleh sampai opis awal..kul 3 pagi dah bangun..masak dulu baru solat tahajjud..Kau nak aku solat apa lagiiiiiiii untuk dapat pekerjaa..beritau aku? Bukannya aku duk goyang kaki tunggu kerja jatuh dari langit..Kau rasa ada ke job drop from the sky?! Aku nie tunggu duit berkarung jatuh dari langit pon no sign of it..
.
Aku dah buat semua, so jika tetap no job, government feed me lah! What you all in the government waiting for??? Sila hulur bantuan..beras free ke kicap free ke, telur 30 biji free ke minyak free ke gula free ke..Ini pon aku sedang survey cari vouchers untuk low-incom/no income Singaporean..Chill aaah..stres-stres pon buat apa seksa diri!
.
Wassalam..
.
Jangan komen kalo diri sendiri takde dalam situasi sama dengan semua penganggur warga tempatan di Singapura ini..You are not in the same situation, you have no say..thank you, lovelies!
.
JANGAN PAYNOW aku..abang-abang aku masih hidup dan bekerja..dorang semua dan kerajaan boleh tanggung aku..Korang sendiri ada isu ok..aku belum level yatim piatu dan asnaf untuk korang beri zakat..Jangan ehk! Aku sensitif akan KOYAK jika korang PAYNOW aku as zakat! Stop it!
.
#LifeAsAMinoritySG
#LifeAsAMalaySingaporean
#LifeAsASingaporeBornGenX
#GenXspeaking


Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?