KEMISKINAN AKU YANG BERGELAR "SHARIFAH"
Sampai mintak transport voucher aku nie..dek kerna miskinnya hidup aku sejak pindah ke rumah sendiri..dengan takde pekerjaan tetap..haaaaiiiiizzzz! Redha je..Rezeki ALLAH kan luas tu..
.
Tu lah pasal aku takmo beli rumah sendiri..bukan nak ambil kesempatan atas orang tua..aku takleh jauh dari umi aku..keberkatan hidup aku hilang terus..hidup aku hancur!..Tapi, aku dipaksa jugak die-die kena beli rumah..sampai merayu kat MP cam pengemis tepi jalan aku masa tu..HINA betul aku diperlakukan oleh famili sendiri..Macam-macam usaha mereka buat untuk usir aku keluar dari rumah umi..Sedih setiap kali aku kenangkan nasib hidup aku..Tak cacat anggota badan fisikal dan akal-fikiran tapi, cacat teruk nasib-takdir hidup aku di atas muka bumi ALLAH!
.
Dapat kerja..hilang kerja..dapat kerja..hilang kerja..takde hentinya di dalam hidup aku..makin kerap selepas insiden bertarikh 20.10.2007! Selepas pindah ke rumah sendiri, makin teruk nasib malang aku..Aku dah pandai pinjam duit sana-sini..Bahana ada rumah sendiri..Hutang aku makin menimbun..keliling pinggang pulak tu! Ketawa ajelah! 🤣🤣🤣..Nak buat camner lagik, kan?..
.
Ini yang dikatakan orang Arab jarang miskin..?..Taik kucing lah! Ini aku, orang ada darah keturunan Arab hidup semiskin-miskinnya..Hebat hanya pada gelaran..habuk harta Nabi Sulaiman sikit pon tarak! Harta Firauan lagi tak nampak bayangan..Podaaaah..Sharifah = Yang Mulia..😁konon😁padahal padahal😁dot dot dot..Mulia part mana sey aku nie! 🤦🏽🤦🏽🤦🏽
.
Aku harap mereka yang paksa aku beli rumah sendiri, DAH PUAS HATI tengok hidup aku tonggang-langgang-merana-derita-sengsara camnie..👏🏽👏🏽👏🏽Jom tepuk tangan dengan BAHAGIA-GEMBIRA-CERIA lebih-lebih lagi bila melihat kejatuhan dan kehancuran hidup aku nie..ALHAMDULILLAH lah ehk..Korang PASTI RASA BERJAYA LAH SANGAT EHK! 🤣🤣🤣