HIDUP AKU SEBAGAI ANDARTU
π£️ :
Kau rasa asal makin ramai perempuan hidup single..baik yg dah bercerai hidup arau mati dan yg tak pernah nikah? Adakah pengaruh ego atau attitude atau apa?
.
Aku :
Aku takleh jawab bagi single people out there..Aku boleh jawab bagi diri sendiri. Yang aku noticed ialah bila dah single nie ialah kesedaran pada takdir..Aku bukan ustazah yg terrer nak berbual "world" bab takdir ALLAH menurut sunnah, hadith dan Al-Qur'an..Aku kongsi pengalaman aku bila aku tersedar yg ada pasangan pun takdir ALLAH..rezeki dari ALLAH..kalo dah takde kat dunia, takkan sampai umur 100++ masih nak kejar orang..merayu kasih-sayang-perhatian orang..kalo aku camtu, sila sedarkan aku! Tu yg aku rasa..yg aku sedar.
.
Ada kata jodoh kena usaha baru ada jodoh! Aku selama ini dah usaha..daripada aku jenis diam dan enggeh 'all yes' punyer manusia, aku slowly bertukar kepada apa yg kau kenal aku sekarang - samada aku bebel non-stop atau aku diam matikan diri buat hal sendiri!
.
Ada kata aku penat berusaha mencari jodoh dan asyik gagal untuk membuat diri aku dinikahi, well, mereka tak salah walaupon tak seratus persen betul. Pasal bila kita, manusia usahakan sesuatu; kita nak tengok hasilnya cemerlang..menggembirakan hati kita sehingga terasa berbaloi berkorban itu-ini..c'mmon..takde satu makhluk pon yg suka gagal senantiasa pe..usaha camner tetap gagal..Begitu juga dengan aku, aku pon nak berjaya setelah berusaha sakan dan berkorban banyak masa..Tapi tu aaah aku tetap gagal bila bab department jodoh dipersoalkan..So bila aku dah sedar akan takdir ALLAH yang sebenarnya untuk aku di atas dunia dan tahu aku TAK BERDOSA kalau tak kahwin, aku terus alihkan fokus aku kepada APA AKU NAK dan PERLU DI DALAM HIDUP AKU NIE?!
.
Ada dua pilihan - ke arah lebih baik atau hancurkan lumat-lumat hidup aku..Aku pilih usaha ke arah kehidupan yg lebih baik..bukan fefeeling suci cam penghuni syurga tapi, just to be a better person than yesterday. Then untuk kecapi itu, aku kena buat apa? This one is tough kerna dulu aku rasa cantik anggun jelitawan as a free hair person..tapi aku MUAK dengan pandangan "nakal" dan rendah lelaki sekeliling..selalu lelaki Muslim suka memperlekehkan wanita free-hair aku nie..serta pandangan serong segelintir perempuan yang aku sendiri tak pasti aku salah aku pada dorang..aku ada rampas bapak dorang dari mak dorang ke apa? Aku sampai kata,"If you cannot respect me as a woman like your mother and sisters, at least treat me like a human who deserved nicest treatment!" Semua manusia dicipta bukan utk dianiaya, dihina, dikutuk etc yg lelaki esp lelaki Muslim suka buat secara tidak ada peri-kemanusiaan..
.
That's when aku mula berjinak-jinak berhijab..tiap kali tengok cermin, aku akan kata,"Oh dear Murni..What the hell are you doing to yourself?!"..Aku nampak 10-20 years older than my real age! Tu yg ada pakcik gigi tinggal satu sebaya daddy aku panggil aku "Makcik"..Ko rase?! Di pandangan aku, memang buruk nah diri aku bila ber"bungkus" dan berhijab..Worse hideous looking bila aku tak make-up, kononnya aku ada natural beauty..π€£π€£π€£..takdenya maknanya..bare face aku nie bukan natural beauty tapi more to natural disasters..π€π€π€..
.
Nak istiqomah berhijan not easy tau..on-off jugak aku sampai aku sendiri fed-up with my ficklemindedness..that's how aku survive berhijab sampai sekarang. Ada masa juga demamd serta harapan sendiri yg mencabar ke"istiqomah"an aku..especially bila asyik tak dapat kerja..bila interviewer terbeliak mata tengok aku..maklum resume aku sengaja tak letak picture..judgmental mental racist disorder manusia ramai kat Singapore nie..hanya orang yg dibuli malas nak buat kecoh!
.
Jikalau dulu iiiiiishk aku konfirm terasa sakan kalo orang komen aku buruk..signal aku look so bad..or worse, hideous..masatu mmg aku sampai nak kumpul nak buat cosmetic surgery kat Korea balik hari tau..Doktor & hospital pon dah tersedia..duiy je tak cukup-cukup..ALLAH kasi TAK CUKUP pasal nak buat benda HARAM!
.
Nowadays, heck care aaaaah orang nak pandang aku camner.. aku suka jadi orang buruk..Kalo ada yg komen,"You are UGLY!", ya ALLAH hati aku berbunga cam kat English Rose Garden gitew.. walaupon aku akan eksyen merajok gitu..alaaaah gurau je..Aku dah tak suka perhatian..Aku happy je dikutuk..
.
Adakah itu arah tujuan yg aku mahu dalam hidup? YES! Aku lebih tenang sekarang nak bergerak ke mana-mana bila aku tahu no one stares at me..Aku pernah terdetik nak berniqab if berhijab tak works..Berhijab still okey so far..furthermore kat Singapore nie, not easy nak bekerja dengan orang lain bila berniqab - buat nasib hidup aku aje tau..orang lain jgn bandingkan dengan aku nie. Namun, who knows one fine day takdir hidup aku bertukar "YA! Berniqablah, Murni!".., aku berniqab di luar tapi buka di opis yg majikan tak izinkan berniqab..ataupon..jika capital business aku dah cukup atau terlebih, aku just STOP bekerja dengan orang lain..aku buat business kecil-kecilan je..pemilik ladang kurma di Madinah ke..π€π€π€..balik asal nampak, Murni! Wallahu'alam..
.
Bab berpasangan, aku pasang niat nak nikah kat akhirat je sebelum masuk syurga..kat sana takde Encik Mus..Encik Bangs..Encik Lucifer..Encik pelbagai narsistik..Suami pon ALLAH yg pilihkan..konfirm weeey elok rupa, elok agama, elok piil-perangai-karenah..MIL pon tak macam-macam bebel..dan umi aku konfirm tak rejek..Jadi, takyahlah aku nie pening-pening nak adapt dgn bende remeh-temeh seorang lelaki bergelar suami dan tolerate wanita yg melahirkan suami aku tu..
.
Di dunia nie, aku dah takmo lah..Aku pon dah takmo "buat onar" bila ada yg rekomen seseorg dengan paksa "Cuba kenal dulu!"..Sekarang jika ada recommendation, aku on the spot kata,"takmo jaga anak mak mertua sedangkan diri aku sendiri terkial-kial aku nak jaga..Kekadang aku sendiri tak tau apa yg aku mahu..pening sendiri..apalagi another human who starts as STRANGER..better NO! Jgn buang masa dia dan masa aku!.."
.
Sekarang, aku lebih suka hidup sendirian..buat semua sendiri..jika tak mampu, aku siapkan duit dan call Tom, Dick or Harry utk buatkan..dah siap dan dapat duit, dorg balik! Aku juga dah menjadi manusia jenis introvert bila tak bersama geng kakak-kakak kawasan aku..Jika di tempat baru, selagi takde yg tanya, aku diam buat hal sendiri. Nak berbual mesra peramah dengan manusia sekeliling pon dah naik malas tau..aku buat hidup aku cam duk overseas i.e. duk kat England..aku buat hal sendiri!
.
Tu yg ramai baru kenal aku, dorg ingat aku nie sombong pasal aku seorang "Sharifah"..BESAR nah kah darjat gelaran aku tu sampai nak sombong? Ada pula komen yg aku nie kerek yg hanya berbual dengan org atasan je - tu aku kena semasa kerja temporary kat HDB dulu..π€£π€£π€£hanya kerna aku asyik menyapa Supervisors and ketawa-ketawa..All sorts of negativities aku dah terima..Aku okey je..katalah apa nak dikata..
.
Sekarang aku hanya minta rezeki ALLAH seperti berikut:
- Rezeki pekerjaan : baru yg ALLAH baru kasi..so now, Rezeki kekal bekerja sehingga cukup usia bersara..
.
- Rezeki cukup wang supaya aku boleh tanggung hidup aku, orang tua aku dan mereka yg memerlukan bantuan..
.
- Rezeki cukup harta dunia cam rumah sendiri yg aku dah dapat sekarang..teringin juga nak ada kenderaan sendiri..tak besar cam Vellfire takpe..tak mewah cam Ferrari pun takpe..cukup je Honda Civic atau Toyota Wish..harap dapat sebelum umi aku pergi..teringin nak drive and bawa umi ke tepi laut EC makan seafood ke apa ke..happy-happy je..
.
- Rezeki kesehatan yg mantap supaya aku boleh terus semangat dan bertenaga utk bekerja sehingga genap usia bersara..
.
- Rezeki keimanan, ketaqwaan, ke sabaran, tawakal dan redha pada semua ujian ALLAH yg mendatang..
.
- Rezeki rasa bahagia, aman-damai tenang dalam hidup walaupon sendirian tanpa pasangan..
.
- Rezeki berada di dalam lingkungan manusia yg baik akhlak, baik agama, baik tingkah- laku, baik menjaga aurat dan baik cara bersahabat..yg boleh aku terikit sikit-sikit dan berubah jadi lebih Muslimah daripada semalam dan tahun lepas..Ada ustaz nasihatkan online "Carilah kawan yang mengingkatkan kita pada ALLAH..kerna kita mudah terikut dengan pengaruh kawan..Jika kawan kita beriman, bertaqwa dan taat dengan suruhan ALLAH, pasti kita tak banyak-sikit pun akan terikut.."..so, it is a great advice! Bukan memilih bulu tapi, just be wiser bila berkawan! Well, tak semua org yg kita kenal PENTING untuk kita di dunia dan akhirat!
.
Aku memang tak mintak banyak di dalam hidup sebagai seorang Andartu..Aku sedar ALLAH beri aku hidup tanpa pasangan kerna aku takkan mampu nak berbakti pada pasangan aku dan jadi setaat wanita solehah penghuni syurga yg boleh masuk sana dari mana-mana pintu di antara 8 pintu yg ALLAH sediakan..Ada pasangan, banyak kerja..banyak tanggungjawab..banyak kena sabaaaaar..Nak sebut pon list panjang kerna melibatkan hati perasaan another party yg selalu orang sekarang sebut dengan bangganya "my another half"..tu masa damai..masa perang dingin, tetiber jadi "anak mak mertua"..π€£π€£π€£
.
Aku ditakdirkan kudrat yg hanya mampu usaha untuk masuk dari satu je pintu syurga - the main common pintu..pintu orang beriman pada ALLAH sahaja..Tu yang aku sedang usahakan..tak tau hasilnya camner..hanya kat akhirat baru aku tau.
.
Ini pendapat aku sebagai seorang Andartu. Kesal tak bersuami pon tak. Bersalah tak kahwin pun untuk apa sedangkan takde pasangan tak berdosa pon..So, aku redha aje. Aku jalani hidup nie sendiri..Aku pilih untuk menyendiri dengan izin ALLAH..Tanpa izin ALLAH untuk menyendiri, dah lama aku kahwin kot! Aku tak kahwin bukan kerna ego aku "I am the Boss" besar nah pasal ego aku cam buah ceri je walaupon aku beli beras dan angkat tong gas..Aku takkan ada BAD attitude yang menggerunkan jika takde orang yg mencabar demon dlm badan aku untuk bangun dan mula memberontak..Aku bukan tak laku..oh gosh! mesti nak kata camnie ehk? π€£π€£π€£..Aku sebenarnya laku aje..ada aje yg ajak kahwin tapi suruh aku jadi SAHW..tapi, jodoh mungkin takde kat dunia nie so, aku tunggu kat akhirat je for jodoh pilihan ALLAH..rasanya lebih selamat hati dan akal aku..takdenya aku sakit hati kaw-kawa derita merana dan mental breakdown selalu..kalo kat akhirat, takde isu depression..bipolar..narcissistic..gantung tak bertali..suami tak bayar nafkah..so, AKU PILIH JODOH DI AKHIRAT..terimakasih!
.
Apa-apa pon janganlah pandang rendah apalagi hina pada mereka yg takde pasangan..Aku bimbang nanti korang bermadu pula dengan insan yg korang kutuk tu..baru korang tau langit tu tinggi ke rendah tau..π€£π€£π€£tu bukan doa tau, tu peringatan! Sekarang ramai yg jawab soalan "Bila kau nak kahwin?" dengan "Aku tunggu laki kau pinang aku.." atau "aku tunggu kau jadi madu aku!"..seram, kan para isteri..?
.
Iya ada yg tak karuan..ada yg mmg menunggu sesiapa nak hadap piil suaminya yg tak semenggah, dorang "sedekah" suami tu..π€£π€£π€£
.
Insya ALLAH, aku dah takmo dah pikir bab kahwin so, I am NOT your MADU, okey darlings?!
.
π£️ : π€£π€£π€£..Kau mmg passed tau jadi lawyer..aku tanya sikit je..kau bebel panjang wey!
.
Aku : π€£π€£π€£ Nak hindarkan diri dari kau yg mungkin ada cita-cita nak rekomen seseorang kat aku..baik aku straight to the point..Lawyer? Mmg cita-cita tak kesampaian aku tu..Peguam Syariah pilihan aku! Tak jadi pulak..sampai sekarang Law studies sangkut..Aku mmg ada gaya lawyer pe!π€£π€£π€£
.
Orang pening layan keSEWELan aku! πππ