CELEBPUTE
CelebPute (Celebrity Dispute) - "Dengan adik sendiri pon iri hati! Mentang-mentang adik di ada semua kemewahan..kekayaan..sejak kahwin..manakala dia sejak kahwin mendak je hidup..Tengok aaah lepas nie pilihan dia mesti lelaki kaya-raya berpangkat tinggi..mesti mau kalahkan adik sendiri.."
.
🤔🤔🤔Hmmmmm..best kan kalo boleh rasa iri hati camtu..Aku nie jugak yang tak reti iri hati..adik-beradik lain berlaki..beranak..berkerjaya hebat..berpendapatan lumayan..Aku tetap gerak..aku tetap the BIGGEST LOSER dalam famili..anak paling MISKIN dan GAGAL SELALU - umi kata!..Dan pernah berkali umi tanya,"Kakak takmo ke hidup kaya-raya..ada laki..ada anak cam adik-beradik lain?!"..
.
Aku geleng kepala..aku dah puas hati kot dengan hidup single aku..Umi selalu geleng kepala sambil kata,"Kakak..Kakak..Memang tak perasaan kakak nie..mudah sangat puas hati dengan apa adanya..Cuba ada sikit rasa teringin nak ada hidup cam orang lain yang berjaya tu.."..
.
Aku jawab,"Saya tak suka obses bekerja hanya kerna nak menjadi cam orang lain sehingga saya tak menikmati hidup yang singkat ini..Saya tak suka asyik nak berlumba dengan otak berkonsep nak tengok siapa lebih hebat sedangkan makin hari, makin terserlah kekurangan diri sendiri..Ada tu dah tua pon BODOH! Saya hanya nak hidup bebas dan tenang je..takde persoalan besar yang menghuru-harakan hidup..Saya bukan dilahir untuk ada semua yang orang lain ada..Cukup makan-minum..Cukup duit shopping, sedekah, bayar bill dan simpan untuk travel rasanya dah memadailah, kan? Nak kejar jantan untuk jadikan laki, untuk apa?.. jika bila dah dapat - saya yang kena tanggung anak lelaki mak mertua saya tu..selain tanggung makan-minum serba-serbi, kena tahan piil narsistik, egoistik, baran seluruh badan etc..Saya takmo hidup sampai mati asyik urus hidup orang lain walaupon seorang suami..Tertanya nanti bila turn saya diuruskan oleh suami, kan? Jadi, takde bala' jangan cari bala'..Ok je hidup single nie..ALLAH & His Malaikat tetap temani saya ke mana saya pergi..well, I never walk alone pe.."..🤣🤣🤣
.
Orang biarlah dengan hidup mereka..Aku jalani hidup aku sendiri dengan cara aku sendiri..takyah kecoh nak iri hati sana..dengki sini..sabotage orang sekeliling kot! Umur pon dah tahap dah makin terserlah bau tanah liang lahad..Apa lagi yang aku mahu selain ketenangan dan kebebasan di dalam hidup..
.
Kalo nak kata dah kahwin pahala lebih banyak dan hidup lebih diberkati dengan adanya suami tu..Seriously, korang..memang tak pernah terfikir ehk nak bunuh suami tu..? Sesekali pon tak pernah? Tak pernah teringin nak cecik suami yang lansung tak dengar kata tu? Sesekali pon tak pernah? 🤣🤣🤣
.
Luahkan rasa geram..terjerit-jerit stres dengan perangai anak mak mertua pon dah kira dosa tau..so, mana pahala terlebih banyak tu? Ramai je mereka yang dah kahwin mengeluh depan aku kata ada suami makin banyak dosa tambahan kat dalam hidup mereka..lebih baik tak kahwin!..Ramai juga kata jika tahu hidup berumahtangga camnie, takkan dorang terima pinangan laki dorang dulu! Menyesal berkahwin pon ada tau? Jika diberi pilihan, dorang rela tak kahwin..sedangkan mereka nie yang suami dorang setiap bulan bawa bersama ke overseas on business/training trip tau..🤣🤣🤣Di mana keberkatannya..hanya bila layan suami di atas ranjang? Aduhaaaaiiii..Aku yang single nie speechless jadinya..Yang tiap-tiap bulan gi overseas pon mengeluh menyesal kahwin..tak ke pelik tu, syaitonnirrojiiiiiiiiimmm..?🤣🤣🤣
.
Apa apa..takyah iri hati..buang masa je..kalo dah ditakdirkan miskin, miskin ajelah..bukan tak usaha..hanya takdir berkehendak lain pula..apa boleh buat lagi selain ketawa je..🤣🤣🤣