BILA NAK KAHWIN? WAKLU!
🗣️ : Apa ciri-ciri yang kau cari dalam calon suami..sampai sukar sangat kau nak make up your mind and just marry someone?
.
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
.
Aku : Yang korang susah hati sangat aku tak kahwin apahal ehk? Memang terjejas ehk rumahtangga korang? Memang mengganggu ketenteraman hidup kau sekeluarga ehk? Atau kau memang nak aku sama sengsara, derita, merana dan menangis dalam diam cam korang para isteri teraniaya? Iiiiiissshk..cuba beritahu asal marital status aku yang tak bertukar nie menjadi gangguan buat kau sekeluarga..
.
🗣️ : Ada camtu..bukan camtu..hanya aku nak tengok kau hidup bahagia..ada suami..ada anak-anak..NORMAL kinda lifestyle..tu je! Ehk! Aku tanya kau tau dulu..bukan kau tanya aku..
.
😂😂😂😂😂😂
.
Aku : Aku happy je takde makhluk extra di dalam hidup..aku kan dari kecil lagi impikan kebebasan di dalam hidup..nie ALLAH dah kasi, aku syukuri sangat-sangat..lagi bila tengok korang para isteri asyik ngomel bab perangai suami lah..piil anak-anak lah..emosi korang yang terganggu dek adanya manusia extra tu lah..Aku makin bersyukur besar-besaran dengan hidup single aku sekarang ini..takmo lah tukar! Aku pulak jenis tak suka dikongkong..ditindas..diperintah cam hamba abdi..biar aku jadi hamba ALLAH je..bukan hamba pada sipolan bin sipolan..
.
Ok ok ok..aku jawab soalan korang yang dah kahwin nie..Aku hanya cara lelaki yang SEDAR DIRI yang dirinya tu hanya hiasan hidup aku..with or without him pon aku masih hidup selagi ALLAH mahu aku hidup..so please, lelaki - JANGAN BESAR KEPALA SANGAT! Aku mahu lelaki yang SEDAR DIRI bahwasanya aku BUKAN hamba abdi, hamba seks dan mesin buat anak..aku pasangan yang WAJIB dia nafkahi, BUKAN aku yang beri lelaki nafkah..
.
Aku nie kalo sedar lelaki tu TAK MAMPU APA-APA, aku tak minta pon sesen sebagai hantaran..tak minta pon honeymoon ala staycation apalagi honeymoon seluruh Eropah - jauh sey!..tak minta pon segala mak-datuk barang kemas emas intan berlian..tak minta pon rumah mewah berdinding taburan berlian..TAK! Jangan ingat aku kata camnie seakan menghina lelaki..TAK!
.
Aku hanya memang dilatih sejak kecil supaya JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN dan AKU KENA SENANTIASA SEDAR DIRI bahwasanya manusia seburuk aku dan sehitam kulit aku TAK LAYAK DAPAT YANG TERBAIK..memang takde tempat di dunia ini jika kita hitam, buruk, miskin, bodoh dan malas..Dunia ini tempat orang berkulit putih, wajah cantik, badan lansing, pandai serba-serbi, kaya-raya dan rajin berusaha..Aku SEDAR DIRI..so, pasangan aku pon kena SEDAR DIRI bila bersama aku di dalam hubungan..Yg aku tak kahwin-kahwin, aku asyik bertemu dengan lelaki yang TAK SEDAR DIRI..TAK SEDAR DIUNTUNG..TAK RETI LAYAN AKU DENGAN BAIK..lelaki yang impiannya hanya NAK TINDAS AKU..NAK MEMPERLEKEHKAN AKU..Ingat aku nie siapa, BARUA dia kah?..
.
Aku takmo nikah nari, esok tu aku jumpa Mak Esa dan Pak Tam..gi buat pasangan BODOH..pasangan ikut kata aku aje! Aku TAKMO PASANGAN YANG BODOH..cukup ajelah pasangan yang SEDAR DIRI, aku dah happy..Ada reti?! Yang terbentang depan aku asyik kata "Kita beli beras..Kita angkat tong gas..Talak dalam tangan kita"..WTF you trying to say?
.
Kalo suami, memang lah beras tu dia beli..takkan bapa tiri muda suami baru mak dia, kan? Angkat tong gas tu? Weeeey..sekarang orang ramai guna dapur elektrik..takmo angkat tong gas, sila beli dapur elektrik..jangan banyak bunyi! Ini lipstik isteri pon tak mampu belikan, bebel cam iya iya..macam bagus! Tu yang aku takmo..lelaki yang cam mak-nenek bebel tak abis angkat puji diri sendiri..
.
So, kau rasa ada ke tak lelaki yang SEDAR DIRI..further more umi aku takmo menantu yang BUKAN Melayu..jadi camner nie..lelaki Melayu yang paling ramai TAK SEDAR DIRI..how?! Jangan kahwin jawabnya..habis cerita..tunggu apalagi..takyah banyak fikiran!
.
🗣️ : Kita tak mampu puaskan hati semua orang termasuk mak-bapak kita sendiri..Just nikah lah, bab terima ke tak kira lain..
.
Aku : Aku bukan anak yang baik tau..tapi aku tak mampu bantah pilihan orang tua..Aku rela tak kahwin selagi mereka masih hidup daripada hadap KIFARAH dari ALLAH kerana mengingkari perintah orang tua..Tu yang ALLAH gembirakan dan tenangkan hidup aku walaupon aku tak kahwin..pasal aku tak langgar je perintah orang tua..Aku jahat, jahat jugak..tapi what my parents' choice is, I don't disobey..Tu aku. Korang nak kata apa, kata je..aku buat tak dengar ajelah..🤣🤣🤣
.
Semoga semua orang yang dah kahwin FAHAM BAHASA aku..mengerti jawapan aku..Selagi aku tak cuba goda dan rampas datuk korang..bapak korang..laki korang dan anak korang, sila JANGAN KEPO..JANGAN ASYIK TANYA ASAL AKU TAK KAHWIN..okey..
.
Tapi, jika korang teringin sangat-sangat aku jadi nenek muda korang..mak muda korang..madu korang..menantu korang..sila DM tepi..boleh discuss lebih lanjut tentang package yang sesuai bajet korang..Ok..Bye!😂😂😂😂🤣🤣🤣😵💫😵💫😵💫