AKU DITANYA

🗣️: 
Hidup sendirian tak sunyi kah? Kat rumah sorang-sorang takde teman berbual, tak bosan kah?
.
Aku: 
Tak sempat nak rasa sunyi..tak sempat nak rasa bosan..bila aku sedar ada banyak benda nak buat di dalam hidup especially bila sendirian..semua nak kena buat sendiri. Setiap hujung bulan kena track pembayaran bill..jangan ada yang tertinggal..kerna bill tu semua 'hutang'..Setiap permulaan bulan, kena pastikan gaji masuk dan mulalah budgetting process. Then by 2nd week, dah kena buat pantry inventory..tulis apa yg perlu beli. Liaise dgn Assistants kat rumah umi untuk allocate hari bila aku boleh ke sana untuk beli groceries..Selain groceries, brunch dgn umi aku at least sebulan sekali. 
.
Bosan takde orang untuk ajak berbual? 🤣🤣🤣Kat rumah sendiri aku PERLU keadaan senyap, tenang dan damai..Memang ramai masih berRENOVATION bagai di sekeliling perumahan aku..maksud aku senyap di dalam rumah aku..meaning takde sesiapa yg ajak aku berbual, berdebat dan bergaduh..aku dah tak perlu itu semua. Di dalam rumah aku, I have the say..so, okey aaah tak rasa bosan duk diam-diam dalam rumah sendiri..
.
Hidup ini jika dah memang sendirian, asal nak fikir sunyi lah..bosan lah! Kalo nak fikiran camtu, jangan hidup sendirian..cari pasangan lah! Aku tahu ada orang tak mampu hidup sendirian kerna dorang dah terbiasa berpasangan..tidur pon nak berteman..tak reti tidur on single bed..perlu Queen sized atau King-sized bed..then, jangan ikut hidup cam aku yang lebih memilih single bed nie..🤣🤣🤣Lagipon, hidup ini sedih tau kalau rasa sunyi ketika di keramaian manusia sekeliling..you in a crowd of beloved humans but you feel lonely..that is the WORSE kinda living situation! Jangan berada di situasi camtu..
.
🗣️: 
Kau tak penat kah hidup sendirian?
.
Aku: 
Penat? Tak aaah..Aku penat bila aku harus berada di mana ramai orang berdrama bermusim..tak habis-habis beradu siapa lebih kaya..siapa mampu beli itu-ini..anak siapa dapat all 'A'..tu aku penat tengok..penat berada di situ..penat mendengar..penat semuanya lah..Jadi, sendirian nie tak memenatkan aku. Pada yg dah biasa hidup dengan drama ala "Megah Holdings", hidup single aku dipandang membosankan dan memenatkan..kerna takde yg GEMPAK sampai nak VIRAL sesama famili..sesama sedare mare sepupu sepepat sepusat sepusing..sesama kenalan kawan sahabat handai..Hidup sendirian takde benda nak di GOSIP pon..itu itu jelah si andartu tu punyer hidup..Not interesting at all! Yg penat orang yg camtu pandang hidup aku..bukan aku yg penat..🤣🤣🤣Aku chill aje..tenung wine chiller aku tu..🥶🥶🥶
.
🗣️: 
Bab masa depan..sendirian kan takde pasangan atau/dan anak-anak jaga kalo jatuh sakit!
.
Aku: 
Itu pasal aku tak henti berdoa meminta rezeki kesehatan yang mantap..tak perlu aaah tenaga nak jimnastik atau angkat besi 400kg..yang aku perlu hanya tenaga beribadah pada ALLAH..tenaga berjalan especially ke masjid..tenaga berfikiran dan bermental sihat-cergas..Aku mohon supaya aku tetap kuat di masa depan..dan insya ALLAH mampu menolong sahabat aku seandainya pertolongan menjaga diperlukan. Aku takmo senaman vigorous sangat cam yang diVIRALkan..aku senaman berjalan je..briskwalking..atau slow walking on treadmill di dalam rumah aje bersesuaian dengan umur aku..Aku dah takmo terlalu menonjol sangat ke"GEDIK"kan aku bersenam menjaga kesehatan..Makan-minum pon aku cuba jaga..Overall aku mohon pada ALLAH dan berharap saja pada ALLAH..Hanya ALLAH saja tahu apa yang TERBAIK untuk aku. Aku jaga diri sendiri dengan izin ALLAH..harap jangan sampai menyusahkan sesiapa termasuk doktor dan nurse kat hospital! 
.
Ada pasangan atau/dan anak-anak belum tentu aku dijaga bila sakit..Ada kata,"Camner kau jaga umi kau, camtu anak kau akan jaga kau!"..Aku hanya mampu tersenyum aje. Harapan tu tinggi sangat..kerna aku tengok umi aku je..masa aku jaga - masa tu umi masih boleh berjalan walaupon slow! Anak-anak sebulan sekali jenguk..bukan hari-hari..medical check-up aku urus sendiri kerna minta tolong sesama sendiri begitu mengecewakan..bila umi dah takleh berjalan - bedridden..Alhamdulillah aku mampu tukar lampin umi..cebok umi..tapi, aku berdoa harap jangan sampai tahap camtu hidup aku pasal aku sedar aku takde anak..tu umi aku! Umi orang lain yg anak buang kat luar kedai..kat bus-stop..kat rumah tumpangan orang-orang tua..tu lagi satu membuat aku terfikir ada anak pon tak jaga umi dorang..kalo nasib aku camtu, camner pula..penat aku meneran beranak, tup tup tup dah jadi orang, aku dianiaya camtu..bertambah sedih hidup aku, kan?
.
Bab pasangan, aku takmo berharap kerna berpandukan pengalaman hidup sendiri, pasangan boleh membawa aku ke syurga atau neraka..Masa sehat, pasangan senantiasa ada dengan mulut berjanji yang manis-manis je tu..bila dah sakit, mulut tu juga yang akan menyakitkan hati aku..yang akan melafazkan talak pada aku..kalo camtu, aku nak berpaling pada siapa lagi bila manusia yang aku harapkan jaga aku masa sakit dah khianati aku?! Bertambah sakit aku tau..Pesakit kena elak dari stres tapi ini, menambah stres dan due to it, aku bertambah sakit..Takpe..count me out! Aku hanya nak harap pada ALLAH sahaja bila sakit. Cukup ALLAH yang menolong aku..
.
Ada lagi soalan cepu perak kau?
.
🗣️: 
Satu lagi - Camner nak hidup sendirian cam kau..maksud aku, kau ada tips atau nasihat bagi mereka yang nak hidup cam kau?
.
Aku:
Aku tak syorkan hidup cam aku..kalo boleh elakkan, elakkan..Namun jika hidup korang jadi cam aku - nak tak nak kena hidup sendirian, ingat selalu - serah semua pada ALLAH..Aku bukan nak bersyarahan tau..Tapi, itu je tips..SERAH SEMUA BULAT-BULAT PADA ALLAH! Kerna hanya ALLAH yang mampu tolong korang..kasi semangat kuat..kasi kekuatan mental dan fizikal..kasi korang tetap bangun setiap pagi dan teruskan perjuangan di dalam hidup menyendiri..ALLAH saja teman korang tatkala sedunia nie menentang korang..Boleh ada sahabat manusia tapi, sukar nak dapat yang faham konsep pemikiran korang yang hidup menyendiri. Macam aku - ke mana saja aku pergi..bekerja..studi, aku akan berkenalan dengan orang baru..dan setiap kali strangers tahu aku hidup sendirian, tak semua senang dengan cara aku hidup..ada juga yang memperlekehkan aku..ada pula yang sokong cara aku hidup..so, give and take je..give your smile..take only the positive..Aku selalu ingatkan diri bahwasanya aku tak mampu puaskan semua hati..asalkan hati aku okey, aku dah happy giler!
.
Ada lagi..?
.
🗣️: Takde..🙂

Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?