TOPIK DAH BASI!

Ini topik dah BASI tapi tetap aku nak ulas sesuka hati aku lah kan..
.
"Lelaki yang tukar diaper anak adalah GAY" ~ entah anak sapa kata camnie!
.
Pertama sekali, tahu ke tak tahu makna kekata "GAY"..Kata sorg ustadz, GAY bukan lelaki suka lelaki aje tapi, lelaki ada nafsu dengan lelaki sahaja! BUKAN lelaki bernafsu dengan perempuan lalu nikah dan ada anak dengan isterinya..Itu TAK GAY!
.
So, "lelaki tu tukar diaper anak" tu anak siapa? Kalo anak lelaki tu atau anak sedare atau pelajar cilik di taska tempat kerja, itu BUKAN GAY lah, bangang..itu TANGGUNGJAWAB..Lelaki yg bertanggungjawab kerna itu anak dia..Lelaki yg bertanggungjawab menolong adik perempuan atau kakak yg tak menang tangan urus anak ramai..Lelaki yg bertanggungjawab sebagai pendidik di taska!
.
Bila tanggungjawab dijalankan, digelar pulak GAY..camner nie..then lelaki yg tak bayar nafkah anak-isteri tak diGAYkan pulak ehk..🤦🏽🤦🏽🤦🏽oh yeah! tu lelaki DAYUS..
.
Kesimpulannya kalo dah jadi tanggungjawab, kena buat..takkan semua perempuan buat..habis, buat anak bersama, kan? Sila buat anak sendirian..beranaklah sendiri! Kalo tanggungjawab pekerjaan, jangan bekerja di taska..sila bekerja di sekolah rendah, menengah, kolej/politeknik dan universiti je..tu takyah layan diaper dah..jangan pula bekerja di rumah tumpangan orang-orang tua lelaki..pasal tu pon kena tukar diaper pakcik-atuk-moyang bawah jagaan encik!
.
Aku terkenang bebelan si TS duluuuu..around 25 tahun lalu..dia luahkan keinginan nak tolak pram baby..nak tukar lampin baby..buat susu baby..🤔🤔🤔Masa tu TS muda lagi..perut belum buncit..rambut belum beruban..hanya TS tak main bolasepak..kalo tak, sekali pandang macam Maradona tau..hensem..macho ada six pack lagi...uuuulalaaaaa..Aku tak lepas wey..😍😍😍..tapi dia nak buat semua tu..nak jaga baby..tu selepas nampak aku tolong umi buat susu si Eddy..Sayu pun ada..tapi lebih pada  kelakar di telinga aku masa tu..Muka crook giler, hati selembut tisu Kleenex  sey..tersentuh aku sey bila dengar luahan hati naluri dia sebagai ayah yg selalu belayar..🤣🤣🤣..What was he thinking?! 🤦🏽🤦🏽🤦🏽
.
Sekarang 25 tahun kemudian, lelaki tukar diaper baby je dah digelar GAY..Apa isu anak siapa tu yg berkata ehk? Love life dia sendu ke apa? Memang jenis chauvinist egoistic asshole ke apa ehk sampai keluarkan statement camtu?..Kalo nak gain followers ke likes ke viral ke, sila pilih tajuk lain yg tak menyakiti perasaan semua orang..
.
Cubalah jadi cam abg dobi tu - ajar camner nak lipat pakaian biar nampak elok tersusun rapi dlm almari..mempermudahkan hidup semua perempuan yg perlu lipat timbunan pakaian..Dapat pahala pun ada..Isteri dia mesti sayang giler kat abg dobi tu! Perempuan suka tgk video dia termasuk aku nie..Followers pon makin ramai..Video yg memanfaatkan bukan para andartu dan para isteri aje tapi juga para bujang lapuk dan para suami..Banyak pahala abg dobi tu! Kau yg aku tak tau anak sapa, tak jeles kah dengan pahala abg dobi tu..? Kalo aku, aku jeles wey!
.
Buatlah content yg berfaedah..bukan content sampah menyakitkan hati aje sey..Nak jadi Khalifah, kena turun padang..bukan duk kat takhta je main sabun tau..Ada reti? #EntahAnakSiapa

Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

VOTING DAY

BENCI KAH ALLAH PADA AKU?