..AIN..AIN..AIN..OOOHHH AIN!
Bila terjadi sesuatu, meroyan! Tapi camnie contoh konten (sila tengok foto) yg boleh dapat penyakit ain..Kata-kata yg boleh menyinggung perasaan orang sekeliling..Ingat! Tak semua orang dapat rezeki yg sama dengan kita..rezeki jodoh awal..rezeki anak awal..rezeki bahagia hidup berpasang-pasangan..Tak semua orang hati baik..husnuzon tau! Hati-Hati!
.
Pada usia 18 tahun, ada orang masih terkial-kial nak habiskan pendidikkan di peringkat tertinggi..supaya lepas graduate, dapat pekerjaan yang terbaik. Ada orang masih tercungap-cungap belajar sambil bekerja sambilan nak tolong mak-bapak tanggung adik-beradik yg masih bersekolah..sedangkan kita yang sombong dan angkuh nie senang-senang kahwin..even sebelum ambil slip keputusan peperiksaan akhir sekolah menengah..dengan sesedap rasa beranak setiap tahun..
.
Ada pula kata,"Muda-muda kahwin cepat-cepat..beranak ramai-ramai.. dah tua boleh relek..ada anak-anak jaga dan tanggung hidup kita!"..
.
Maaf tulis kat sini..Di akhir zaman, it is RARE nak tengok semua anak-anak yang kita lahirkan reti menjaga orang tua yang semakin uzur..kalo beruntung, ALHAMDULILLAH sejuk perut ibu mengandung punyai anak-anak yang reti berbakti pada orang tua..tapi kalo nasib malang, sayu hati bila tersadai orang tua sendirian di kampung mengharap anak-anak jenguk selalu..paling sedih bila mak-bapak "dicampak" ke rumah tumpangan orang-orang tua.
.
Overall, jangan lah melemparkan kekata seperti di dalam foto ini kerna tak semua orang boleh terima diperlekehkan camnie..Lagi satu, penyakit ain sering berlaku hanya dengan konten "sampah" seperti ini..tak kurang juga mereka yang terkena sihir pemisah hanya kerna konten "mengakal" camnie..Bab sihir pemisah, merana wey rasa hati si suami bila dia mula nampak si isteri cam nenek kebayan menakutkan sehingga nak balik rumah pon takmo, meracau si suami setiap kali di dalam rumah yang ada isterinya..manakala derita hidup isteri bila si suami buat tak pandan akan kewujudan dirinya di dalam rumahtangga aka DINGIN tetiber..
.
Jadi, apa faedah nak menunjuk camnie..walaupon dengan kata-kata..Kita merasa hebat sgt kah menyakiti perasaan orang lain? Hebat kah? Bila ada rezeki dapat suami/isteri, senyap je lah! Umur 18 tahun dah ada anak 10 sekalipon, DIAM takyah kecoh! Takyah britau orang sekeliling yg perempuan hanya reti separate the legs apart..dan lelaki hanya kerjanya "bercucuk tanam"! For what, right? Bab buat anak, budak 9 tahun pon dah reti kot! Zaman dah berubah dengan pesatnya sekarang..all information at fingertips! Korang rasa?
.
Yes! Ada orang kata boleh je skip konten "sampah" camtu..Mmg boleh skip tapi, perlu ada teguran pada pereka konten "tak berakhlak" camnie..Jangan normalized benda camnie!..
.
Banyak lagi isu boleh buat konten, asal pilih konten yang hanya menyinggung perasaan orang sekeliling..Tak hawau ke dorang nie?!..
.
Buat mereka yg belum diberi rezeki jodoh dan anak, aku doakan semoga ALLAH beri jodoh dan anak pada waktu yang tepat! Aamiin..
.
Jangan tengok orang kahwin..beranak-pinak, kita pon nak juga..kerna tak semua perkahwinan kuat hadapi dugaan..sikit-sikit lapor mahkamah..sikit-sikit pisah..sikit-sikit "ceraikan aku! ceraikan aku!"..Dan selalu terjadi, tak semua pasangan mampu tanggung kos kehidupan beranak-pinak..Diapers dan susu tin pon minta pusat kebajikan yang ada! Dah aku tulis kat atas, rezeki manusia lain-lain so, sila hadam lah!
.
Sediakan mental selain fizikal sebelum melangkah ke alam berumahtangga..Alam bercinta berbeza dengan alam tidur sekatil-sebantal tau..Perkahwinan tahun 1 sehingga tahun 10 dugaannya hebat..tak semua mampu kekal di akhir zaman nie..Rasa hidup berpasangan berbeza dari tahun pertama hingga ke tahun ke-50..aka "It is easy to get married but no joke, it is not easy to stay married!"..
.
Orang kata aku takde pengalaman berumahtangga, mana aku tahu..Well, aku ada byk "living resources" yg update aku bab berumahtangga! Dan juga pengalaman duduk bekerja kat Mahkamah Keluarga menambahkan ilmu pengetahuan aku bab isu berumahtangga..So, jangan pandang rendah pada aku yang "tak mampu" nak tanggung anak dan cucu mak mertua tau!
.
Akhirkata, aku yg dah berusia 50an nie hanya mampu tersenyum bila mereka yang berumahtangga setahun jagung beriya-iya indirectly hina mereka yang belum berumahtangga..Aku dah lepas fasa "tersinggung" bab tak laku kahwin nie actually..Bosan pun ada! Aku hanya mampu tersenyum je selagi aku masih ada gigi.
.
I saw failed marriages and bitter divorce proceedings MORE than happily married ever after..So, cakap apa aje..telinga aku dah lali..immuned..Emosi aku dah NUMB pun..!
.
Pereka konten, jangan hanya sedar diri bila dah "jatuh"..sedarlah diri dari permulaan hidup sebagai pereka konten! You don't need millions of "LIKEs"..You just need common sense and humanity..PERIOD! World Peace✌🏽