15 April 2025 - PAINTING ALL BLACK

Orang tanya asal tembok dan siling berwarna hitam..??? 
.
Sebenarnya selain HITAM warna kegemaran aku..HITAM mengambarkan isi hati aku tentang rumah ini..Aku bukan tak bersyukur..tak menghargai pemberian ALLAH..hanya aku TAK PERNAH bermimpi nak beli rumah di Singapura ini..kerna dari kecil, aku TAK PERNAH gambarkan hidup aku akan seperti sekarang ini..
.
Masa kecil aku bayangkan hidup aku kat overseas..iya! Aku memang takmo duduk di Singapura terutama sekali selepas orang tua aku meninggal dunia..dulu ingat orang tua aku pastinya umur tak jejak 70 pun..tak sampai tahap  nyanyuk..Haaaaiiiizzz..salah tafsiran aku..sehingga kini mereka berdua masih hidup..daddy aku dah nyanyuk teruk..tak henti maki-hamun tak tentu pasal..mencarut sesuka hati dia..umi pula dah bedridden..Ini semua aku tak jangkakan..tapi, itulah situasi hidup aku..
.
Kekadang aku bingit jugak mendapat takdir hidup camnie teruk..tertanya BESAR sangat kah dosa aku sehingga harus hadap ini semua...Ada orang kata semua ini ujian anak yg duduk sebumbung dengan mak-bapak..oooooh pleeeeease! Ujian aku dah banyak..tak perlu kot menambah bala di dalam hidup aku!
.
Rumah aku HITAM sebagai tanda my own unhappiness mendapat rumah yg sekecil ini..Ada salah aku sehingga semiskin ini..? Tu pasal aku rancang bila dah pindah, aku nak hidup cam aku duduk overseas..tak kenal sesiapa..just terus hidup mandiri..Aku hanya nak terus bekerja..balik kerja, balik rumah..Aku dah takmo jumpa sesiapa..Aku nak senyap, sesenyapnya! Sampai rumah, terus tutup handphone..takmo ambil tau pasal sesiapa pon..aku hanya nak hidup aman damai..senyap..
Jadi, rumah HITAM aku adalah BITTERSWEET utk aku..Aku takde pilihan lain selain teruskan kehidupan ini..really xian kalo ikutkan hati aku!
Harapan aku:
Semoga ALLAH berhenti menambah ujian pada ujian di dalam hidup aku yg sedia-ada..Aku dah penat diuji..Aku bukan Nabi..Aku bukan Rasul..Aku bukan manusia hebat penuh dgn amalan soleh, keimanan serta ketaqwaan yg tinggi..Aku hanya manusia biasa..Mudah lelah..Mudah mengeluh..Mudah bingit..Mudah marah..Mudah berbuat dosa..Kenapa harus ditambah ujian aku di dalam hidup..? Kalo nak tambah, tambahkan kekayaan aku di atas muka bumi..tambahkan harta dunia..tambahkan duit aku..tambahkan kesehatan aku supaya baik terus sehingga akhir hayat..tambahkan keupayaan aku utk bekerja terus utk dapat menampung kos kehidupan aku sehingga akhir hayat..tambahkan ilmu di dalam minda aku supaya aku mampu berbuat semua keperluan tanpa campur-tangan orang lain..Tu je..kan itu lebih baik daripada asyik bernasib MALANG terus..penat tau, ya ALLAH!





Popular posts from this blog

SUNDAY SERMON BY ME

FLASHBACK..2020..

WHAT IF...